awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: Jepun hanya mahu terima bantuan AS

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2024
00:30 MYT
Gempa bumi: Jepun hanya mahu terima bantuan AS
Anggota bomba memeriksa rumah kayu yang runtuh di bandar Wajima selepas gempa bumi kuat melanda Jepun pada Isnin. - Foto AFP
WAJIMA : Jepun merancang hanya menerima pasukan daripada Amerika Syarikat (AS) dan menolak bantuan negara lain buat masa ini ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiatkan.
Akhbar Nikkei melaporkan, Tokyo dan Washington kini sedang berbincang tentang usaha penyelarasan bersama di kawasan terjejas.
Bandar pelabuhan Wajima dan Semenanjung Noto adalah kawasan paling teruk terjejas akibat bencana itu yang disifatkan terburuk sejak 2011.
“Keputusan itu dibuat berdasarkan situasi di lapangan,” kata jurucakap kerajaan, Yoshimasa Hayashi tanpa memberikan butiran lanjut.
Sementara itu, Perdana Menteri, Fumio Kishida memaklumkan, mereka ada menerima tawaran bantuan daripada negara di rantau berkenaan termasuk Taiwan dan China.
Angka korban gempa berkekuatan 7.5 skala Richter pada Isnin lalu telah meningkat kepada 92 orang, manakala kira-kira 242 dilaporkan masih hilang.
Pada Khamis, dua wanita warga emas turut berjaya dikeluarkan setelah terperangkap selama 72 jam di bawah runtuhan kediaman mereka di Wajima.
Operasi SAR dikatakan berdepan kesukaran kerana akses ke lokasi terputus akibat jalan rosak dan infrastruktur musnah teruk. - Sinar Harian/Agensi
Topic Berkaitan
#gempa bumi Jepun
#terima bantuan AS
#operasi sar
#PM Jepun Fumio Kishida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan