awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran tanah gambut: Unit udara JBPM dijangka mulakan kaedah pengeboman air hari ini
Pengusaha kedai makan rugi RM364,500 diperdaya individu menyamar polis
Buruh binaan maut dalam kebakaran rumah di Kuala Nerus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi kuat gegar Indonesia, ribuan penduduk melarikan diri

Bernama
Bernama
25/04/2023
03:00 MYT
Gempa bumi kuat gegar Indonesia, ribuan penduduk melarikan diri
Setakat ini tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa. - Foto Twitter/SSGEOS
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Selasa dan berpotensi mencetuskan tsunami selain memaksa ribuan penduduk melarikan diri dari kawasan pantai.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 3 pagi (waktu Jakarta) pada Selasa (2000 GMT Isnin) dengan pusat gempa berada 177 kilometer (km) barat laut daerah Kepulauan Mentawai dan kedalaman 84 km di bawah dasar laut, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.
Lebih 2,000 penduduk telah melarikan diri dari kawasan pantai, menuju ke kawasan lebih tinggi di daerah Siberut Barat dan Siberut Utara di daerah Kepulauan Mentawai, kata ketua unit kecemasan dan logistik agensi pengurusan dan mitigasi bencana daerah Mentawai, Amir Ahmari.
"Gegaran kuat turut dirasai di daerah kecil Siberut Barat dan Siberut Utara. Penduduk bergegas ke kawasan yang lebih tinggi," kata Ahmari ketika dihubungi Agensi Berita Xinhua.
Setakat ini tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, namun penilaian risiko masih dilakukan, katanya.
Sementara itu, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara, Abdul Muhari, berkata berdasarkan pemerhatian visual tiada kecederaan, kemalangan jiwa dan kerosakan selepas gempa itu.
Ketua agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik Dwikorita Karnawati berkata permukaan air telah meningkat 11 sentimeter dan agensi itu meramalkan kenaikan tidak melebihi 0.5 meter.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#tsunami
#penduduk melarikan diri
#permukaan air meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan