Satu gempa bumi kuat melanda wilayah Taiwan hari ini, di 123km tenggara Keelung, Taiwan dan 2,014km timur laut Kudat, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 9.42 pagi.

Tiada ancaman tsunami dikesan tetapi jabatan itu akan terus memantau rapi kejadian berkenaan, kata kenyataan itu lagi.