RABAT: Angka kematian akibat gempa bumi di Maghribi telah meningkat kepada 820, dengan 672 yang lain cedera, menurut stesen TV tempatan Al Aoula, memetik Kementerian Dalam Negeri.
CNN melaporkan, terdapat 205 mangsa yang kini dalam keadaan kritikal.
Terdahulu, gempa bumi dengan magnitud 7.0 menggegarkan Maghribi pada Sabtu.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa dikesan 71km barat daya dari Marrakesh pada kedalaman 18.5km.
Rakaman video yang dimuat naik di X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter, memaparkan orang ramai berlari meninggalkan kediaman mereka.
Beberapa bangunan dilihat mengalami kerosakan dalam kejadian tersebut. Gempa berkenaan dilaporkan turut dirasa di ibu negara, Rabat.
Bernama melaporkan, kematian akibat gempa bumi berlaku di pelbagai wilayah, termasuk Al Haouz dan Marrakesh, serta bandar Ouarzazate, Azilal, Chichaoua dan Taroudant, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.
Gempa bumi itu adalah gegaran paling kuat yang melanda negara Afrika Utara itu sejak abad lalu, menurut Institut Geofizik Kebangsaan Maghribi.
Media tempatan melaporkan beberapa bangunan, termasuk tembok merah terkenal yang mengelilingi bandar lama dan tersenarai antara Warisan Dunia UNESCO, telah rosak.
Astro Awani
Sat Sep 09 2023

Beberapa bangunan dilihat mengalami kerosakan dalam kejadian tersebut. - Foto AP

Pengusaha babi di Ayer Kuning beroperasi ikut SOP - Ahmad Zahid
Beliau berkata pengusaha berkenaan sudah mendapat lesen mengusahakan ternakan mereka sejak sekian lama.

Vietnam mulakan pembinaan landasan kereta api laju utara-selatan menjelang 2026
Kerajaan Vietnam menetapkan tarikh akhir bagi majlis pecah tanah projek landasan kereta api berkelajuan tinggi utara-selatan selewat-lewatnya pada 31 Dis 2026, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Jalur Gemiang: KPM mohon maaf atas kecuaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan susulan ketegangan di Kashmir
India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan negara jirannya, Pakistan.

Kes hasutan: Mahkamah benar rayuan Chegu Bard batal 'gag order'
Panel hakim mendapati bahawa perintah larangan bersuara tidak diperlukan dan merujuk kepada kes Papagomo sebagai rujukan.

Pameran Semangat ASEAN imbas sejarah penubuhan, ketengah kebersamaan serantau
Pelbagai koleksi sejarah pembentukan ASEAN dari tahun 1967 hingga 1976 berjaya diiktiraf di bawah Daftar Warisan Dunia UNESCO.

Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh
Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sentul, minggu lepas.

PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2024.

ISS diselaras ke altitud baharu
Pelarasan itu meningkatkan ketinggian purata orbit stesen kepada hampir 419 kilometer dari permukaan Bumi.

Malaysia negara pengeksport barangan teknologi tinggi kesembilan terbesar dunia pada 2023
Malaysia berjaya mengekalkan tempat kesembilan daripada 143 buah negara sebagai pengeksport barangan teknologi tinggi terbesar di dunia pada 2023.

Gempa bumi Turkiye: Persidangan Ekonomi Islam Antarabangsa dihentikan sementara
Sekumpulan 13 orang pensyarah dari UIS yang sedang berada di kampus Istanbul Sabahattin Zaim University (IZU) merasai gempa bumi di Istanbul, Turkiye.

236 cedera akibat gempa bumi di Istanbul
Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Istanbul, Turkiye pada Rabu, menyebabkan sekurang-kurangnya 236 orang cedera.

TPM Fadillah kongsi detik cemas ketika gempa bumi landa Istanbul
Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau dan rombongan telah diarahkan keluar dari bangunan Terminal VIP.

103 mayat ditemukan dalam kondominium runtuh akibat gempa di Myanmar
Sehingga Selasa, 52 orang telah diselamatkan manakala 103 mayat ditemukan dari kondominium Sky Villa yang runtuh di wilayah Mandalay, tengah Myanmar.

Tiada kompromi terhadap keselamatan awam dalam pembinaan bangunan tinggi di Malaysia
Bangunan tinggi di Malaysia direka bentuk untuk menahan gegaran gempa bumi sekurang-kurangnya berskala 7 magnitud, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Malaysia puji tindakan pantas AHA Centre tangani kesan gempa bumi di Myanmar
Penyelarasan yang pantas dan cekap tersebut jelas membuktikan peranan penting AHA Centre dalam rangka kerja tindak balas bencana kolektif ASEAN.

Gempa bumi berukuran 5 skala Richter landa Nagano, tiada ancaman tsunami
Gempa bumi berukuran 5 pada skala Richter melanda Wilayah Nagano di Jepun pada Jumaat malam, namun tiada ancaman tsunami dikesan.

Tarik balik pasukan ATM jika keselamatan terancam di Myanmar - Mohamad Hasan
Malaysia bersedia menarik balik pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dihantar ke Myanmar sekiranya keselamatan mereka terancam.

Gempa bumi 5.6 magnitud landa timur Afghanistan
Pusat gempa terletak di Parun City, dengan kedalaman 99 km.

Angka korban gempa Myanmar meningkat kepada 3,706 orang
Angka kematian akibat runtuhan bangunan meningkat kepada 44 orang pada Selasa selepas lebih banyak mayat ditemukan di lokasi kejadian.