awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perkemas tadbir urus, akses rawatan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi: Pihak berkuasa Jepun masih kesan 51 orang dilaporkan hilang

Bernama
Bernama
04/01/2024
07:18 MYT
Gempa bumi: Pihak berkuasa Jepun masih kesan 51 orang dilaporkan hilang
Helikopter pasukan pertahanan Jepun dilihat berada di udara kawasan yang terjejas gempa, di Wajima, Jepun, 4 Januari 2024. -REUTERS
TOKYO: Pihak berkuasa Wilayah Ishikawa Jepun masih berusaha mengesan 51 orang yang dilaporkan hilang akibat gempa bumi kuat dan beberapa siri gegaran susulan yang melanda wilayah itu pada tahun baharu, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Kyodo pada Khamis.
Di bandar Wajima yang mencatatkan angka kematian tertinggi akibat bencana itu, enam orang dilaporkan hilang.
Perkhidmatan menyelamat menerima 40 hingga 50 laporan mengenai bangunan runtuh yang mungkin menyebabkan penduduk terperangkap, lapor Kyodo memetik pentadbiran tempatan.
Pada sidang media pada pagi Khamis, Perdana Menteri Fumio Kishida sekali lagi menggesa semua yang terlibat dalam operasi pencarian supaya berusaha habis-habisan sebelum tempoh 72 jam yang merupakan masa yang sangat penting untuk menyelamatkan orang berakhir.
Pada petang Isnin, gempa bumi kuat berukuran 7.6 pada skala Richter diikuti beberapa siri gegaran susulan melanda kawasan berhampiran bandar Suzu di Semenanjung Noto di Wilayah Ishikawa.
Angka kematian akibat bencana itu setakat ini mencecah 78 manakala lebih 100 yang lain cedera.
Gegaran itu turut menyebabkan bangunan runtuh dan lebih 32,000 isi rumah terputus bekalan elektrik.
Gempa bumi pada 1 Jan 2024 itu merupakan bencana paling besar berlaku di wilayah Semenanjung Noto sejak 1885.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#bangunan runtuh
#51 orang dilaporkan hilang
#Fumio Kishida
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan