awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Rusia: Lebih 1.9 juta penduduk Jepun diarah berpindah susulan amaran tsunami

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2025
04:35 MYT
Gempa bumi Rusia: Lebih 1.9 juta penduduk Jepun diarah berpindah susulan amaran tsunami
Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran Jepun, wilayah Hokkaido, Kanagawa dan Wakayama mencatat jumlah pemindahan tertinggi. -Foto AP
TOKYO: Seramai 1,905,596 penduduk di 21 wilayah Jepun telah menerima arahan pemindahan ke kawasan lebih selamat selepas gelombang tsunami mula melanda pesisir timur negara itu berikutan gempa bumi kuat di Semenanjung Kamchatka, Rusia.

Ringkasan AI
  • Seramai 1,905,596 penduduk di 21 wilayah Jepun diarahkan berpindah susulan gelombang tsunami akibat gempa bumi di Kamchatka, Rusia.
  • Gelombang tsunami setinggi 30 hingga 50 sentimeter telah melanda pesisir timur Jepun, menghampiri kawasan metropolitan Tokyo.
  • Gangguan pengangkutan dilaporkan termasuk penutupan landasan Lapangan Terbang Sendai dan penggantungan perkhidmatan feri, manakala Loji Nuklear Fukushima kekal stabil.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana dan Kebakaran Jepun, wilayah Hokkaido, Kanagawa dan Wakayama mencatat jumlah pemindahan tertinggi.
Rakaman video oleh Reuters dan Nippon News Network menunjukkan penduduk Hokkaido berlindung di atas bumbung bangunan, manakala siren amaran tsunami kedengaran di beberapa kawasan pada pagi Rabu.
Agensi Meteorologi Jepun melaporkan gelombang tsunami setinggi 30 hingga 50 sentimeter telah direkodkan di sepanjang pesisir timur, menghampiri kawasan metropolitan Tokyo.
Walaupun jauh lebih rendah daripada ramalan awal sehingga tiga meter, pihak berkuasa memberi amaran bahawa gelombang susulan masih berkemungkinan berlaku.
Gangguan turut dilaporkan dalam sektor pengangkutan, termasuk penutupan landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Sendai dan penggantungan perkhidmatan feri dari Hokkaido, Aomori dan Teluk Tokyo.
Loji Nuklear Fukushima, yang terletak di selatan Sendai dan pernah mengalami kemalangan nuklear serius pada tahun 2011, dilaporkan dalam keadaan stabil.
Tokyo Electric Power Company (TEPCO) memaklumkan bahawa semua kakitangan telah dipindahkan ke kawasan tinggi sebagai langkah berjaga-jaga, tanpa sebarang kecederaan atau keabnormalan dikesan di loji tersebut.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Kamchatka Rusia
#penduduk diarah berpindah
#pesisir Pasifik Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan