awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap

Fareez Azman
Fareez Azman
16/02/2023
08:46 MYT
Gempa bumi Turkiye: Lelaki 62 tahun diselamatkan selepas 187 jam terperangkap
Husiyen yang juga pesakit kencing manis terperangkap di bawah runtuhan selama 187 jam sebelum diselamatkan pasukan SAR di Antakya. - Foto Reuters
ANTAKYA: Seorang lelaki warga emas berjaya diselamatkan selepas dilaporkan terperangkap selama 187 jam di bawah runtuhan pangsapuri yang didiaminya di Mersin, Turkiye.
Husiyen Berber, 62, diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat selepas salah seorang petugas dapat mendengar suaranya ketika misi mengesan mangsa dijalankan di kawasan runtuhan.
Husiyen, yang juga pesakit kencing manis menceritakan detik hitam itu kepada agensi antarabangsa Reuters pada Khamis.
Jelasnya, beliau terpaksa meminum air kencingnya sendiri untuk hidup ketika terperangkap diantara sisa runtuhan.
"Saya hanya ingat ketika saya sedar telah terperangkap dalam runtuhan. Ketika itu semuanya gelap-gelita, terlalu gelap sehingga saya tidak dapat melihat badan saya sendiri.
"Saya menjerit minta tolong, tetapi tiada siapa mendengar. Bangunan ini 15 tingkat, saya bersyukur bila saya dengar bunyi dari kawasan atas runtuhan, saya terus menjerit walaupun tekak saya mulai bengkak," jelasnya.
Tambah Husiyen, gempa kedua yang berlaku mengakibatkan siling turut runtuh, namun tidak mengenainya.
"Gempa kedua, siling runtuh namun saya bernasib baik kerana tidak menimpa saya. Saya terpaksa sengetkan badan, dan duduk diantara runtuhan yang menimpa peti sejuk dan kabinet rumah saya.
"Hanya permaidani saya guna untuk menyelimuti diri saya, sepanjang masa sebelum saya dapat mencapai satu kerusi berhampiran dan duduk menunggu diselamatkan," katanya.
TERPAKSA MINUM AIR KENCING SENDIRI
Selama terperangkap di bawah runtuhan jelas Husiyen, beliau hanya hidup dengan meminum air kencing sendiri untuk kekal hidrat.
"Saya pesakit kencing manis, ketika kejadian ubat dan sebotol air jatuh ke arah saya. Saya minum hingga habis, kemudian saya terpaksa kencing dalam botol untuk diminum.
' Drinking my urine saved me', Turkish quake survivor tells his story of survival
BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA BUMI TURKIYE DI SINI
Gempa bumi Turkiye
Operasi SAR dipergiat di Turkiye. - Gambar fail
"Apabila air kencing itu sejuk, saya minum untuk selamatkan diri saya," katanya lagi.
Berber diselamatkan pasukan SAR dan dikejarkan ke Hospital Bandar Mersin di Wilayah Antakya untuk diberikan rawatan lanjut.
Sehingga kini, lebih 42,000 mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi di Turkiye dan Syria, dan lebih 12,000 bangunan ranap akibat gempa itu.
Topic Berkaitan
#Gempa bumi Turkiye
#Husiyen Berber
#operasi sar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan