SYDNEY: Sekurang-kurangnya seorang disahkan maut selepas gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter melanda Papua New Guinea (PNG) pagi Ahad, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Gempa bumi pada 7.46 pagi waktu tempatan itu telah mencetuskan kejadian tanah runtuh dan menyebabkan kediaman di perkampungan di Banjaran Finisterre tertimbus, seorang disahkan maut, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Laman sesawang digital tempatan Loop PNG memaklumkan gegaran turut dirasai di wilayah Lembah Markham, Lae termasuk bandar Kainantu di wilayah Highlands timur, dan di Port Moresby serta beberapa bahagian lain.
Gempa bumi juga telah menjejaskan bekalan kuasa di kawasan berkenaan.
Mission Aviation Fellowship (MAF) PNG telah menghantar sebuah pesawat untuk memindahkan empat mangsa yang mengalami kecederaan.
Perdana Menteri PNG James Marape yang bimbang dengan kesan akibat gempa itu menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Pasukan Pertahanan PNG dan polis telah diarah siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Marape berkata pihaknya akan mengumumkan pelan tindakan awal sementara menunggu laporan penuh mengenai kerosakan dan jumlah mangsa yang terjejas.
Pusat gempa bumi dilaporkan pada 6.30 darjah selatan dan 146.55 darjah timur, pada kedalaman 70 kilometer, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 11 2022
Gempa itu telah mencetuskan kejadian tanah runtuh dan menyebabkan kediaman di perkampungan di Banjaran Finisterre tertimbus. - Gambar/ AP
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Papua New Guinea dilanda gempa bumi 6.9 magnitud
Papua New Guinea dilanda gempa bumi berukuran 6.9 magnitud pada Ahad, menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Lebih 50 ditembak mati dalam serangan hendap di Papua New Guinea
Polis jangka angka kematian meningkat dalam jenayah yang tercetus akibat pertikaian suku kaum di wilayah Enga.
Gempa 7.0 magnitud landa Madang, Papua New Guinea
Pusat gempa, dengan kedalaman 72.0 km, ditentukan pada 5.70 darjah selatan dan 146.10 darjah timur.
Pan Gon mahu pemain elak kesilapan teknikal
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon memberi amaran kepada anak buahnya supaya tidak melakukan kesilapan teknikal apabila bertemu Papua New Guinea pada perlawanan persahabatan antarabangsa.
Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti
PERLAWANAN persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.
Dikritik belanja mewah, Menteri Luar Papua New Guinea letak jawatan
Komen Tkatchenko membangkitkan kemarahan rakyat melalui protes di ibu negara Port Moresby di luar Dewan Parlimen pada Jumaat.
Gempa bumi bermagnitud 7.1 gegar Papua New Guinea
Pusat gempa dengan kedalaman 60 kilometer itu dipantau pada 4.25 darjah selatan dan 43.10 darjah timur.
Gempa bumi kuat melanda rantau New Britain, Papua New Guinea
Gempa dengan kedalaman 61 kilometer itu berlaku pada jarak 77 km barat daya dari Kimbe, PNG.
Gempa kuat landa Papua New Guinea, amaran tsunami dikeluarkan
Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami susulan kejadian gempa bumi itu.
Kepulauan Conflict mungkin dijual kepada China
Pada Jun, Smith menghantar e-mel kepada Menteri Luar Australia dengan tawaran untuk menjualnya pada harga AS$25 juta.