DUNIA
Gempa Jakarta: Timbalan Ketua Pengarang Astro AWANI turut berdepan gegaran

Rusdi Kirana (berbaju biru) serta Kamarul Bahrin Haron (kanan) dan wakil-wakil media Malaysia yang kini berada di Jakarta. - Gambar BERNAMA
Timbalan Pengarang Astro AWANI, Kamarul Bahrin Haron yang berada di Jakarta turut merasai gegaran.
Ketika dihubungi, beliau menceritakan pengalamannya saat gegaran itu berlaku sekitar jam 7.03 petang waktu tempatan.
“Ketika gegaran itu berlaku kami (pihak produksi) berada di tingkat lapan Menara Lion Air di Jakarta Barat sedang lakukan temubual.
“Sedang sibuk melakukan temubual kami tidak merasakan gegaran itu sehingga ada pengawal yang memberitahu gempa sedang berlaku.
“Kami kemudiannya digerakkan turun melalui tangga terus ke halaman luar dan ketika itu saya dapat melihat orang ramai berkumpul di bawah,” jelasnya.
“Selepas tiba di hotel, kami dapat melihat keadaan kembali reda, trafik bergerak lancar dan orang ramai berjalan seperti biasa di kawasan hotel penginapan kami.
“Bagaimanapun, orang ramai yang saya temui akui gegaran dengan kekuatan 7.4 magnitud itu agak kuat namun keadaan masih terkawal,” katanya lagi.
Agensi geofizik Indonesia mengeluarkan ancaman tsunami selepas gempa berlaku pada kedalaman 59 kilometer iaitu 227 kilometer dari bandar Teluk Bentung, dekat sini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami