Skip to main content

Dunia

Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden pesawat Lufthansa di Lapangan Terbang Frankfurt

A Lufthansa Boeing is surrounded by ambulances and other emergency vehicles after several staff members were injured when the nose gear of a Boeing 787 jetliner unexpectedly collapsed at a gate at Frankfurt Airport, according to Lufthansa, in Frankfurt, Germany, June 4, 2026. REUTERS/Kai Pfaffenbach
Pesawat berkenaan mengalami kegagalan gear mendarat muncung ketika sedang diletakkan di pintu berlepas bagi persediaan penerbangan berjadual ke Los Angeles. - Reuters

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terjejas selepas sebuah pesawat Boeing 787-9 milik Lufthansa mengalami kegagalan gear mendarat muncung ketika bersiap sedia untuk berlepas di Lapangan Terbang Frankfurt pada 4 Jun, menurut pengesahan Kedutaan Besar Malaysia di Jerman.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Kedutaan Malaysia di Berlin memaklumkan bahawa berdasarkan maklumat yang disediakan oleh pihak berkuasa Jerman yang berkaitan dan syarikat penerbangan Lufthansa, pesawat berkenaan mengalami kegagalan gear mendarat muncung ketika sedang diletakkan di pintu berlepas bagi persediaan penerbangan berjadual ke Los Angeles.

"Insiden berkenaan berlaku sebelum penumpang menaiki pesawat.

Semasa kejadian, hanya anak kapal Lufthansa dan kakitangan darat sahaja yang berada di dalam pesawat," menurut kenyataan itu.

Beberapa kakitangan syarikat penerbangan dilaporkan mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan perubatan, katanya.

Pihak kedutaan turut menyampaikan harapan agar kesemua mangsa yang cedera segera sembuh sepenuhnya.

Agensi Berita Jerman (dpa) melaporkan bahawa beberapa pekerja cedera apabila bahagian muncung  sebuah pesawat Lufthansa  jatuh ketika sedang diletakkan  di pintu berlepas di Lapangan Terbang Frankfurt atas sebab yang masih belum dikenal pasti.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement