Satu gempa bumi berkekuatan 7.5 magnitud melanda wilayah sempadan Peru-Ecuador awal pagi Jumaat waktu tempatan.

Menurut laporan USGS, pusat gempa dikenal pasti terletak 224 km di timur-tenggara Ambato, Ecuador, pada kedalaman 132 km.

Gempa yang pada awalnya dikesan pada kekuatan 7.7 ini tidak mencetuskan bahaya tsunami.

Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik memaklumkan tiada kematian atau kerosakan dilaporkan.

Presiden Ecuador, Lenin Moreno melalui akaun Twitter berkata laporan awal tidak menunjukkan kerosakan besar besar berlaku.

Moreno walau bagaimanapun menambah bahawa pasukan penyelamat telah dikerah susulan gegaran yang dapat dirasai di seluruh negara itu.