Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda sempadan rantau Myanmar-India awal pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini, gempa bumi pada 2.14 pagi itu berlaku di 23.5 darjah utara dan 93.5 darjah timur iaitu kira-kira 226km barat laut Monywa, Myanmar.

Bagaimanapun gempa itu, tidak mendatangkan ancaman tsunami.


India-Myanmar