SORAKAN kegembiraan bergema di seluruh kota Gaza pada awal hari Jumaat susulan gencatan senjata antara pejuang Hamas dan Zionis Israel diumumkan malam sebelumnya.

Kegembiraan itu memberi erti dan makna yang sangat mendalam kepada rakyat Palestin yang sentiasa berharap kekejaman dan pencerobohan ke bumi tercinta mereka berakhir.

Penduduk Palestin di sempadan Gaza turun ke jalanan meraikan penamatan 11 hari keganasan Zionis Israel sehinga menyebabkan ratusan rakyat Palestin maut.

Gencatan senjata yang bermula jam 2 pagi waktu tempatan itu dicapai selepas Hamas dan Israel menerima cadangan Mesir untuk mengakhiri keganasan.

BACA: Hamas, Israel setuju gencatan senjata tamatkan ketegangan di Gaza

BACA: Pencerobohan Israel: Biden puji gencatan senjata Hamas-Israel

Sekurang-kurangnya 232 rakyat Palestin terbunuh termasuk 65 kanak-kanak dan 39 wanita.

Dalam masa sama, seramai 1,900 warga Gaza mengalami kecederaan disebabkan tindakan tidak berhati-perut Israel.

[INFOGRAFIK] Fakta nombor pencerobohan Israel ke atas Gaza (Setakat 20 Mei)