SURABAYA: Apalah perasaan ibu ini hingga sanggup bertindak luar kawalan hanya kerana anaknya tidak sengaja buang air besar dalam seluar, sehingga meninggal dunia.
Kes yang berlaku di Surabaya itu melibatkan kanak-kanak berusia empat tahun, didera oleh ibu kandungnya yang dikenali sebagai AS berusia 24 tahun tanpa rasa kasihan.
Menurut polis, selepas memukul anaknya hingga meninggal dunia, suspek panik dan pergi ke rumah adik iparnya untuk memaklumkan mangsa sudah meninggal dunia akibat terjatuh.
Adik iparnya memberitahu, terdapat kesan luka pada badan mangsa dan mempercayai kanak-kanak itu meninggal dunia akibat terjatuh.
“Namun, keadaan berubah apabila nenek mangsa tidak dapat menerima keadaan jenazah cucunya yang disifatkan ‘sangat teruk dan penuh kesan luka’.
“Hal ini kerana, mangsa dijaga neneknya sejak berusia tiga bulan sehinggalah dia diserahkan kembali kepada ibu kandungnya baru-baru ini,” kata polis.
Nenek mangsa kemudiannya membuat laporan polis dan hasil bedah siasat mengesahkan kanak-kanak malang itu mati akibat didera.
Polis juga memberitahu, mangsa meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas ibunya menghantukkan kepalanya ke dinding.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui kesalahannya dan memaklumkan dia hilang sabar dengan anaknya kerana kanak-kanak itu degil dan sukar memahami arahan.
*Berita asal di Pa&Ma
Pa and Ma
Sat Nov 13 2021
Polis memberitahu mangsa meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas ibunya menghantukkan kepalanya ke dinding. -Pa&Ma
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
TH terima lebih 80,000 rayuan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) menerima lebih 80,000 rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M setakat hari ini, menurut Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
PRK: Ramanan nasihat calon fokus bertumpu bawa isu tempatan
Calon bertanding pada PRK DUN KKB perlu memberi tumpuan terhadap isu-isu yang dihadapi masyarakat tempatan berbanding membincangkan hal-hal bersifat nasional dalam siri kempen mereka.
Terengganu rekod lima kes strok haba, kelesuan haba
Sebanyak tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba dilaporkan berlaku di Terengganu setakat bulan lepas.
Panasonic Beauty perkenal pengering rambut berteknologi nano, EH-NA0J
Teknologi unik nanoe MOISTURE dan Mineral memberi 18 kali lebih kelembapan sambil mengeringkan untuk rambut lebih terurus dan bersinar.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 34,600 orang
Angka kematian warga Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas telah meningkat kepada 34,596 orang, kata Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Khamis.
10 anggota polis cedera dalam letupan di markas Brimob Surabaya
Sekurang-kurangnya 10 anggota polis cedera dalam kejadian letupan yang menggegarkan Markas Briged Bergerak (Brimob) Polis Indonesia di Surabaya, Jawa Timur pada Isnin.
Tindakan bawa Ketua Cawangan pergi bercuti tidak perlu dipertikaikan - Hasrul
Khidmat mereka ini adalah secara sukarelawan dan bukannya mendapat gaji tetap setiap bulan, jelas Hasrul
'Dah lama orang tak nasihat' - Ebit Lew santuni GRO di Surabaya
Kongsi Ebit Lew, golongan ini sudah lama tidak didekati insan yang mahu berkongsi ilmu dan nasihat.
Ziarah, belanja makan golongan transgender di Surabaya, usaha Ebit Lew dapat pujian
Ebit mendedahkan yang ada antara golongan transgender di sana yang mula bekerja di situ sekitar usia 14 tahun dan ada juga yang berbuat demikian bagi menyara keluarga.
Geram buang air besar dalam seluar, ibu pukul anak 4 tahun hingga mati
Mangsa meninggal dunia akibat pendarahan otak selepas ibunya menghantukkan kepalanya ke dinding.
Robot dari bahan kitar semula ini bantu penduduk kampung harungi pandemik
Robot itu kini dapat membawa makanan dan diharapkan senyuman kepada penduduk yang sedang menjalani kuarantin akibat dijangkiti COVID-19.
Ujian GeNose untuk kesan COVID-19 di lapan stesen kereta api Indonesia
Penumpang boleh melakukan ujian tersebut pada harga 20,000 rupiah (RM5.79).
Nenek 100 tahun pulih COVID-19, dipercayai mangsa tertua selamat di Indonesia
Ketika kadar kematian akibat COVID-19 di Indonesia terus meningkat, seorang warga emas berusia 100 tahun yang dilaporkan sembuh menjadi orang tertua melawan pandemik di negara itu.
Monyet heret kanak-kanak semasa pertunjukan
Perkongsian video berdurasi 27 saat menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen kerana aktiviti seni itu telah diharamkan oleh Indonesia.
Gempa bumi kuat landa Java, Indonesia
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.