Seorang ibu kepada tiga anak nekad mengajak tiga anaknya meminum racun serangga sehingga menyebabkan ketiga-tiga mereka menemui ajal.
Bagaimanapun, si ibu Ni Luh Putu Septyan Parmadani, 33 tahun, kini berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di Bali, Indonesia.
Menurut portal Merdeka.com, peristiwa penuh tragis itu dilaporkan berlaku pada Rabu lepas di mana ketiga-tiga anaknya berusia enam bulan hingga dua tahun maut.
Punca dan motif sebenar yang membawa kepada berlakunya insiden itu masih disiasat pihak polis di sana.
Namun menurut kenyataan diberikan adik Ni Luh Putu, ketika keluarga berkenaan berkunjung ke rumahnya sehari sebelum kejadian, mereka tidak menunjukkan sebarang perlakuan yang mencurigakan.
Kemudian apabila suaminya datang menjemputnya pulang ke rumah mereka di Petang Badung Bali, Ni Luh terus menolak pelawaan tersebut.
Pada waktu kejadian, seorang lagi saksi I Nyoman Yoga berkata dia pergi ke rumah Ni Luh dan ketika itu suaminya keluar dari rumah tersebut dan Ni Luh sedang menyusukan anaknya.
Namun beberapa jam selepas itu, I Nyoman Yoga terkejut apabila mendapati Ni Luh dan anak-anaknya terbaring kaku di dalam bilik tidur sambil Ni Luh memegang pisau di tangannya.
Agensi
Sun Feb 25 2018
Seorang ibu kepada tiga anak nekad mengajak tiga anaknya meminum racun serangga sehingga menyebabkan ketiga-tiga mereka menemui ajal. -Gambar hiasan/pixabay.com
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
Prabowo mahu Bali jadi 'New Hong Kong' atau 'New Singapore'
Prabowo Subianto berhasrat menjadikan Bali sebagai "Singapura Baharu" atau "Hong Kong Baharu".
Warga China dalam senarai paling dikehendaki Interpol ditangkap di Bali
Agensi imigresen Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali menahan seorang warga China dalam Senarai Paling Dikehendaki Interpol.
Lapangan Terbang Bali dilengkapi tiga pengimbas terma untuk cegah MPOX
Lapangan Terbang Antarabangsa I Gusti Ngurah Rai di Bali kini melaksanakan saringan suhu bagi setiap ketibaan antarabangsa sebagai sebahagian daripada langkah biosekuriti yang dipertingkatkan.
103 warga asing ditahan di Bali disyaki salah guna permit izin tinggal
Operasi oleh Direktorat Pengawasan dan Penguatkuasaan Imigresen itu membawa kepada penahanan individu, termasuk 14 warga Taiwan.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
TPM Fadillah ketuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia di Bali
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Air Dunia kali ke-10 di Bali dari 18 hingga 21 Mei atas jemputan Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Rizky Febian, Mahalini kahwin 5 Mei ini
Berita majlis perkahwinan anak pelawak Sule itu dengan Mahalini mula menjadi perbualan selepas dia berkongsi animasi latar biru seperti background foto buku nikah.
Wanita dipenjara 26 tahun bunuh ibu kandung
Heather Mack juga dituduh bersubahat menyorok mayat ibunya itu di dalam beg pakaian.
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.
Bali bakal kenakan bayaran masuk AS$10 kepada pelancong asing
Pelawat asing yang mengunjungi Bali bakal dikenakan yuran kemasukan sebanyak AS$10 seorang mulai tahun depan, menurut pejabat pelancongan pulau itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) ).