awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Giliran Ali Khamenei persenda Trump

Astro Awani
Astro Awani
09/01/2018
23:33 MYT
Giliran Ali Khamenei persenda Trump
Ali Khamenei (gambar) memberi amaran, campur tangan Trump dengan menyatakan sokongan terhadap protes anti-kerajaan di Iran, bakal berdepan kesan. REUTERS / Fail
Isu kesihatan mental Presiden Donald Trump yang dibangkitkan dalam buku 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' mungkin sudah reda di Amerika Syarikat.
Namun, kini giliran pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei mempersenda Trump kerana isu berkenaan.
Ali Khamenei menyifatkan Trump sebagai individu yang mempunyai mental yang tidak stabil ketika memberi amaran berhubung campur tangan beliau dalam protes anti-kerajaan yang berlangsung baru-baru ini.
"Dia (Trump) yang mengetuai White House - walaupun nampaknya dia bukanlah seorang yang stabil - dan kebelakangan ini rakyatnya sendiri mempersoalkan kesihatan mentalnya," sindir Ali Khamenei yang kemudian disambut gelak tawa hadirin ketika satu rapat umum di Tehran.
"Dia seharusnya sedar, babak-babak ekstrem dan psikotik ini tidak akan dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindak balas," tambahnya.
BACA: Kontroversi buku 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' berterusan
BACA: Buku 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' satu jenaka - White House
BACA: Buku 'Fire and Fury: Inside the Trump White House' habis dijual
Ali Khamenei memberi amaran, campur tangan Trump dengan menyatakan sokongan terhadap protes anti-kerajaan di Iran, bakal berdepan kesan.
"Presiden Donald Trump dan Amerika Syarikat perlu tahu bahawa kami tidak akan berdiam diri dengan kegilaan yang ditunjukkannya ini," tegas Ali Khamenei.
21 orang maut akibat keganasan kesan tunjuk perasaan anti-kerajaan yang berlangsung di Iran, dengan 3,700 yang lain ditahan.
BACA: Trump dipersenda di media sosial
BACA: Trump seperti kanak-kanak - Michael Wolff
BACA: Trump cuba henti pelancaran buku kontroversi 'Fire and Fury: Inside the Trump White House'
White House sebelum ini mengeluarkan kenyataan mempertikaikan fakta dalam buku 'Fire and Fury: Inside the Trump White House', tulisan Michael Wolff.
Wolff, yang memetik bekas ketua strategi White House, Steve Bannon di dalam bukunya menyatakan, Trump sering lupa, mengulangi apa yang pernah diucapnya beberapa minit kemudian dan sudah tidak kenal lagi kawan lamanya.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#fire
#Iran
#keganasan
#kesihatan
#kesihatan mental
#maut
#presiden
#protes
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan