awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gincu tertua ditemukan di Iran

Bernama
Bernama
14/02/2024
09:18 MYT
Gincu tertua ditemukan di Iran
Penemuan bertarikh 4,000 tahun itu menonjolkan pengetahuan canggih orang Iran purba dalam pemprosesan kimia. -X IRNA News Agency
JIROFT: Ahli arkeologi menemukan bekas kecil klorit yang mengandungi penyediaan kosmetik merah tua dipercayai gincu purba, di wilayah Jiroft di tenggara Iran.
Penemuan yang diterbitkan dalam pelbagai jurnal saintifik itu menunjukkan bahawa komponen mineral daripada bahan berwarna kemerahan, termasuk hematit menjadi gelap disebabkan oleh manganit dan braunit, selain kesan kemerah-merahan dan anglesit.
Bahan-bahan itu, bercampur dengan lilin tumbuh-tumbuhan dan bahan organik lain serta hampir sama dengan resipi gincu kontemporari, lapor Agensi Berita Iran IRNA.
Penemuan bertarikh 4,000 tahun itu menonjolkan pengetahuan canggih orang Iran purba dalam pemprosesan kimia.
Seorang profesor di Universiti Tehran dan ahli arkeologi yang menyumbang kepada penemuan itu, Dr Nasir Eskandari memberitahu IRNA bahawa kajian itu bertujuan untuk mendedahkan peranan perintis orang Iran purba dalam bidang sains kimia.
Beliau berkata bahan yang ditemukan itu menunjukkan bahawa orang Iran adalah pencipta pertama gincu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Iran
#Gincu tertua
#manganit dan braunit
#kosmetik merah tua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan