Skip to main content

Dunia

Pertahanan udara Kuwait bertindak balas terhadap serangan dron musuh - Tentera

Markas Pemerintahan Angkatan Tentera Kuwait memaklumkan bahawa sebarang bunyi letupan yang mungkin didengari adalah berpunca daripada tindakan sistem pertahanan udara memintas serangan berkenaan.
Markas Pemerintahan Angkatan Tentera Kuwait memaklumkan bahawa sebarang bunyi letupan yang mungkin didengari adalah berpunca daripada tindakan sistem pertahanan udara memintas serangan berkenaan.
Advertisement

ISTANBUL: Sistem pertahanan udara Kuwait diaktifkan pada awal pagi Rabu bagi menghadapi ancaman serangan dron musuh, menurut tentera negara itu, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, Markas Pemerintahan Angkatan Tentera Kuwait memaklumkan bahawa sebarang bunyi letupan yang mungkin didengari adalah berpunca daripada tindakan sistem pertahanan udara memintas serangan berkenaan.

Pihak tentera turut menggesa orang ramai supaya mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Advertisement

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan dari mana dron berkenaan dilancarkan atau memberikan butiran mengenai kemalangan jiwa mahupun kerosakan akibat serangan itu.

Pengumuman berkenaan dibuat selepas stesen penyiaran Iran, IRIB pada Selasa melaporkan bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi di Pulau Qeshm, Iran.

Advertisement

AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Feb lalu, dengan Tehran bertindak balas menerusi serangan terhadap Israel serta kemudahan ketenteraan AS di negara-negara Arab.

AS dan Iran menandatangani memorandum persefahaman pada Jun lalu dan memulakan rundingan, namun proses itu kemudiannya menemui jalan buntu berikutan perselisihan mengenai kaedah memastikan pelayaran yang selamat dan bebas melalui Selat Hormuz.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement