awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OpenAI bangunkan model AI audio baharu, perbualan lebih semula jadi dijangka Mac ini
Koperasi masjid di Malaysia: Memperkasa ekonomi ummah menjelang 2026
Mahkamah tolak permohonan tahanan rumah bekas presiden Brazil, diarah kembali ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Google akan labur dalam latihan AI di Eropah

Bernama
Bernama
13/02/2024
07:04 MYT
Google akan labur dalam latihan AI di Eropah
Dana 25 juta euro (AS$26.9 juta) akan disalurkan bagi membantu orang ramai memanfaatkan peluang dalam bidang AI memandangkan Eropah berada pada kedudukan yang baik menerajui bidang ini. - Gambar fail/Reuters
SAN JOSE: Kumpulan teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Alphabet Inc, Google melancarkan "AI Opportunity Initiative for Europe" bagi menyediakan latihan kemahiran kecerdasan buatan (AI), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dana sebanyak 25 juta euro (AS$26.9 juta) akan disalurkan bagi membantu orang ramai memanfaatkan peluang dalam bidang AI memandangkan Eropah berada pada kedudukan yang baik menerajui bidang ini.
Google bekerjasama dengan Kesatuan Eropah (EU), masyarakat sivil, ahli akademik dan sektor perniagaan untuk menyediakan latihan AI yang canggih kepada pemula tempatan dan komuniti berisiko ketinggalan ekoran perkembangan penggunaan AI di tempat kerja.
Inisiatif AI terbaharu Google di Eropah yang dipanggil "Grow with Google", menawarkan latihan percuma untuk menangani jurang kemahiran digital di EU.
Program AI ini akan melatih golongan profesional dalam memanfaatkan tekonologi terbabit di tempat kerja.
Google membuka permohonan bagi perusahaan sosial dan organisasi tidak berasaskan keuntungan untuk mendapat manfaat daripada latihan itu.
Organisasi terpilih akan menerima latihan khas mengenai pengenalan AI.
Google juga telah mengembangkan kursus asas AI kepada 18 bahasa dan meningkatkan program Sijil Kerjaya Google dengan menawarkan pengalaman praktikal dalam menggunakan AI dalam bidang profesional.
Pengarah Eksekutif Pusat Impak Awam Adrian Brown berkata program baharu itu akan membantu orang ramai di seluruh Eropah mengembangkan pengetahuan, kemahiran serta keyakinan mereka tentang AI dan memastikan tiada sesiapa ketinggalan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Google
#AI Opportunity Initiative for Europe
#kecerdasan buatan
#eropah
#AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan