SINGAPURA: Dianggarkan 190 pekerja dari ibu pejabat Google Asia-Pasifik di Singapura telah diberhentikan kerja, pada Khamis.
Menurut portal berita CNA yang memetik sumber, ia menyumbang kira-kira 5.5 peratus hingga 6 peratus daripada tenaga kerja Google di Singapura.
Salah seorang sumber, seorang pekerja yang terjejas berkata: "Sukar untuk mengesahkan angka yang tepat. Sukar untuk mengetahui siapa yang terjejas.
"Orang ramai cuba merungkainya dengan bercakap dengan orang lain."
Dua sumber lain ialah pekerja semasa dan Pengasas Komuniti Xoogler untuk bekas pekerja Google, Christopher Fong.
Jurucakap Google berkata, pihaknya "tidak dapat berkongsi" bilangan pekerja di Singapura yang terjejas, tetapi mengesahkan mereka adalah sebahagian daripada pemberhentian kerja yang diumumkan oleh syarikat induk Google, Alphabet.
Bulan lalu, Alphabet berkata, pihaknya mengurangkan 12,000 pekerja iaitu kira-kira 6 peratus daripada tenaga kerjanya.
Sementara itu, Fong memberitahu CNA bahawa pemberhentian pekerja melibatkan individu daripada pelbagai jabatan termasuk jualan, Google Cloud, Google Pay, perekrutan, kewangan dan undang-undang.
Jelasnya lagi, Xoogler mengadakan perhimpunan pada petang Jumaat untuk mereka yang terjejas akibat pemberhentian dan kira-kira 50 individu di Singapura mendaftar untuk perhimpunan itu.
Sesetengah individu dijangka akan diberhentikan kerana pasukan rakan sejawatan mereka di cawangan dunia lain terjejas, katanya.
Fong berkata, komuniti itu mempunyai 14,800 ahli sebelum pemberhentian global diumumkan dan angka itu telah meningkat kepada 26,000,
Tambahnya, lebih banyak program sedang dianjurkan untuk membantu mereka yang terjejas.
Dalam pada itu, seorang lagi pekerja, Qierra C berkata, dia antara mereka yang terjejas akibat pemberhentian di Singapura.
Seorang jurutera pelanggan dalam pasukan Google Cloud, Can Köklü menulis di laman LinkedIn bahawa dia telah diberhentikan kerja selepas berada di syarikat itu selama tujuh tahun.
Dalam catatannya menyatakan, rakan sekerjanya adalah "nilai sebenar" bekerja di Google serta menyifatkan mereka sebagai berbakat, berpengetahuan, baik dan menyokong.
"Bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada komuniti yang luar biasa, tetapi saya sangat bersyukur dengan pengalaman dan kenangan yang saya alami di sini," tulisnya.
Beliau juga menangani individu yang diberhentikan kerja oleh Google serta menulis bahawa pemberhentian itu bukan mencerminkan nilai mereka.
Selain itu, seorang lagi pekerja Google, Toby Hull menulis bahawa dia baru sahaja berpindah ke Singapura dan menandatangani pajakan panjang untuk "apartmen yang mahal".
Jelasnya lagi, dia menerima e-mel pada malam Khamis yang mengatakan peranannya "tidak lagi wujud".
"Jadi secara jujur ini sukar, saya suka pasukan ini dan apa yang kami lakukan halatuju kami," tulis Hull.
Dalam memo kakitangan pada 20 Jan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai berkata, beliau mengambil "tanggungjawab penuh" untuk keputusan yang membawa kepada pemberhentian.
Pemberhentian kerja di Google berlaku susulan beribu-ribu pemberhentian pekerja di syarikat gergasi teknologi lain yang mengecilkan saiz.
Ini disebabkan oleh pandemik menyebabkan mereka lemah dalam ekonomi yang lemah.
Menteri Tenaga Manusia Singapura, Tan See Leng berkata di Parlimen November lalu bahawa 1,270 pekerja tempatan dalam sektor teknologi telah diberhentikan antara Julai hingga pertengahan November 2022.
Twitter, Facebook induk Meta dan Shopee memberhentikan pekerja di Singapura tahun lepas.
Afiezy Azaman
Sat Feb 18 2023

Pemberhentian kerja di Google berlaku susulan beribu-ribu pemberhentian pekerja di syarikat gergasi teknologi lain yang mengecilkan saiz. - Gambar hiasan/REUTERS

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.

PM Anwar adakan pertemuan bersama Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers
Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan pertemuan bersama empat syarikat gergasi di New York.

Pakistan minta Google, Apple keluarkan 120 aplikasi pinjaman haram
Pakistan meminta Google dan Apple supaya mengeluarkan 120 aplikasi pinjaman peribadi haram dari apps store masing-masing, menurut kenyataan rasmi pada Rabu.

Robert F Kennedy Jr saman Google, YouTube
Peguam berusia 69 tahun ini memfailkan saman terhadap gergasi Internet itu di mahkamah Delaware pada lewat Rabu.

936 gambar tangkap layar sejarah layari laman sesawang lucah dalam telefon bimbit - Saksi
Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz, 43, berkata daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kementerian Pengangkutan akan temui gergasi teknologi, perjelas dasar kabotaj
Menteri Pengangkutan dijadual bertemu dengan wakil syarikat gergasi teknologi terkemuka seperti Facebook dan Google pada minggu depan untuk menjelaskan pendirian Malaysia berhubung dasar kabotaj.

Twitter telah tamatkan perkhidmatan sekitar 80 peratus tenaga kerja - Musk
Twitter sedang berdepan pelbagai tindakan undang-undang daripada bekas pekerja berhubung isu pemberhentian dan faedah.

Peranti Google Pixel tidak lagi boleh dicas pantas sepenuhnya
Jika anda menggunakan peranti Android yang lebih terkini anda pasti akan perasan ciri Adaptive Battery terbina pada tetapan bateri.

Google buang pekerja di Singapura, 190 pekerja terjejas
Pemberhentian pekerja melibatkan individu daripada pelbagai jabatan termasuk jualan, Google Cloud, dan Google Pay antara lain.

Google lancar AI perbualan Bard, saingi kejayaan ChatGPT
Google melancarkan chatbot kecerdasan buatan (AI) sendiri, Bard sekali gus bakal mengulangi kejayaan penghasilan ChatGPT.