awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Greta Thunberg akan didakwa di mahkamah UK

Bernama
Bernama
15/11/2023
09:34 MYT
Greta Thunberg akan didakwa di mahkamah UK
Thunberg ditahan berhampiran Hotel InterContinental di Mayfair di tengah London pada 17 Okt ketika membuat bantahan semasa berlangsungnya Energy Intelligence Forum. - Gambar/ Reuters
LONDON: Greta Thunberg akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Westminster London pada Rabu atas dakwaan menjejaskan ketenteraman awam semasa melakukan protes di London, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Wanita berusia 20 tahun itu yang ditahan berhampiran Hotel InterContinental di Mayfair di tengah London pada 17 Okt ketika membuat bantahan semasa berlangsungnya Energy Intelligence Forum.
Thunberg akan dibicara di Mahkamah Majistret Westminster di London atas pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Ketenteraman Awam 1986, kerana gagal meninggalkan lebuh raya dan meneruskan bantahan.
Thunberg yang diikat jamin selepas didakwa, kemudiannya menyertai protes lain membabitkan iklim di London anjuran Fossil Free London - di luar JP Morgan di Canary Wharf pada 19 Okt, dan di luar Guildhall London pada Isnin.
Kumpulan itu membantah penggunaan berterusan bahan api fosil oleh syarikat minyak dan gas utama, manakala protes terbaru membabitkan kelulusan kerajaan UK untuk menggerudi medan minyak Rosebank.
Thunberg akan hadir bersama 10 aktivis lain yang kesemuanya didakwa atas kesalahan yang sama.
Aktivis Greenpeace dan Fosil Free London dijangka berdemonstrasi di luar mahkamah sebelum perbicaraan.
Thunberg dari Stockholm, Sweden, aktif menyertai kempen alam sekitar sejak berumur 15 tahun. Dia didenda oleh mahkamah Sweden pada Julai kerana menghentikan lalu lintas semasa protes alam sekitar di sebuah kemudahan minyak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Greta Thunberg
#protes
#UK
#didakwa di mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan