awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jenjarom
Lelaki Indonesia maut tertimbus tanah runtuh di Bandar Penawar
Keadaan banjir di tiga negeri tidak banyak berubah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan

Bernama
Bernama
08/11/2024
10:56 MYT
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan dalam 24 jam lepas direkodkan amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer. - AP
VLADIVOSTOK: Gunung berapi Shiveluch di Semenanjung Kamchatka, Rusia, meletus tiga kali dalam tempoh 24 jam lepas, menyebabkan saintis memberi amaran mengenai bahaya aktiviti gunung berapi yang meningkat, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Jumaat.
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer (km). Letusan berlaku di kubah lahar baharu berhampiran kubah Karan lama, menghasilkan aliran pyroclastic iaitu campuran gas panas, batu, dan debu yang berbahaya, dan merebak sejauh kira-kira 11 km menuruni cerun di bahagian barat gunung berapi, menurut Institut "Volcanology".
"Letusan Shiveluch biasanya didahului oleh isyarat seismik yang ketara, tetapi letusan besar baru-baru ini dan pembentukan pusat letusan baharu menunjukkan perubahan dalam aktiviti gunung berapi itu," kata Perkhidmatan Geofizik Rusia, cawangan Kamchatka yang memberi amaran, letusan berkenaan "bukan sesuatu yang biasa" bagi Shiveluch.
"Sebelum letusan ini, aktiviti seismik berada pada tahap tidak begitu ketara, dengan hanya anomali haba kecil dan aktiviti wap-gas," katanya. "Corak aktiviti baharu yang lebih tidak menentu ini bermakna Shiveluch menjadi lebih berbahaya."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gunung berapi
#shiveluch
#kamchatka
#Rusia
#letusan gunung berapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan