awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer

Bernama
Bernama
13/05/2024
08:26 MYT
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu di Pulau Halmahera, di wilayah Maluku utara, Indonesia timur, meletus pada Isnin sekitar 9 pagi waktu tempatan selama kira-kira lima minit, menerbangkan abu setinggi 5,000 meter di atas puncaknya. -Reuters
JAKARTA: Gunung berapi Ibu di Pulau Halmahera, di wilayah Maluku utara, Indonesia timur, meletus pada Isnin sekitar 9 pagi waktu tempatan selama kira-kira lima minit, menerbangkan abu setinggi 5,000 meter di atas puncaknya, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) negara itu.
"Kolum abu dari letusannya diperhatikan berwarna kelabu ke hitam dengan intensiti tebal ke arah barat. Ketika laporan ini ditulis, letusan masih berterusan," kata PVMBG, lapor Xinhua.
Berdiri setinggi kira-kira 1,300 meter di atas paras laut, gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Gunung berapi ini telah meletus lebih daripada 80 kali sejak awal tahun ini, kata PVMBG, menyeru orang ramai untuk tidak melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari kawah.
Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Indonesia adalah antara negara yang mempunyai gunung berapi terbanyak di dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Gunung berapi Ibu
#Pulau Halmahera
#Maluku Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan