Skip to main content

Dunia

Gunung berapi kecil berhampiran ibu negara Filipina meletus

Kejadian berkenaan menghasilkan kepulan berwarna kelabu gelap yang naik sehingga 4,000 meter dari atas kawah. - Gambar fail
Kejadian berkenaan menghasilkan kepulan berwarna kelabu gelap yang naik sehingga 4,000 meter dari atas kawah. - Gambar fail

Advertisement

MANILA: Gunung berapi kecil di sebuah tasik di selatan Manila meletus pada petang Khamis, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, lapor Xinhua.

Menurut institut itu, “letusan freatomagmatik kecil” berlaku di Gunung Berapi Taal di wilayah Batangas, lebih 60 kilometer di selatan Manila, pada 6.06 petang waktu tempatan pada Khamis.

Letusan itu berlangsung selama lima minit.

Menurut institut itu, kejadian berkenaan menghasilkan kepulan berwarna kelabu gelap yang naik sehingga 4,000 meter dari atas kawah.

Hujan abu dijangka menjejaskan kawasan berdekatan di bahagian barat daya.

Tahap Amaran 1 kekal berkuat kuasa bagi Gunung Berapi Taal, dengan Tahap 5 merupakan tahap tertinggi dalam skala berkenaan.

Gunung Berapi Taal merupakan antara gunung berapi paling aktif di Filipina.

Letusan pada Januari 2020 menyebabkan hampir 380,000 penduduk kampung dipindahkan serta memusnahkan banyak ladang, rumah dan jalan raya di wilayah berkenaan.

Kepulauan Filipina terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik dan terdedah kepada gempa bumi serta letusan gunung berapi.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement