JAKARTA: Gunung Semeru yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia, meletus sekali lagi pada Selasa, memuntahkan awan panas besar ke udara, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, lapor Xinhua.
Gunung berapi itu kekal pada tahap amaran Tahap 3, iaitu tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran empat peringkat negara itu.
Advertisement
Letusan pada 5.30 petang waktu tempatan menghasilkan abu setinggi kira-kira 2,000 meter di atas kawah, dengan kepulan tebal berwarna kelabu bergerak ke arah timur laut dan timur. Seismograf merekodkan kejadian itu berlangsung lebih tujuh minit.
Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan segera dilaporkan, namun pihak berkuasa memberi amaran bahawa pengumpulan material gunung berapi di cerun boleh mencetuskan aliran puing atau lahar sekiranya hujan lebat berlaku.
Kejadian ini menyusuli aktiviti pada Isnin yang menyaksikan beberapa letusan berasingan direkodkan.
-- BERNAMA-XINHUA