INTERNATIONAL
Gunung Semeru di Jawa Timur meletus, muntahkan lava

Letusan Gunung Semaru yang bermula kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan. - Gambar Twitter/@ENHYPEN_ID
JAKARTA: Gunung berapi aktif di Indonesia, Semeru yang terletak di Kabupaten Lumajang, Jawa Timur meletus hari ini dengan mengalirkan lahar panas sejauh 500 hingga 800 meter.
Portal Kompas yang memetik Balai Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) sebagai berkata, letusan Gunung Semaru yang bermula kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan itu menyebabkan berlakunya 54 gegaran selain mengeluarkan kepulan asap tebal dan lahar yang mengalir di lereng gunung terbabit.
Pun begitu, status Semaru telah ditingkatkan kepada tahap waspada sebelum kejadian itu berlaku lagi.
Setakat ini tiada sebarang arahan dikeluarkan berhubung ancaman Tsunami.
Sebuah video yang tular memaparkan sekumpulan penduduk yang dalam panik lari menyelamatkan diri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami