JAKARTA: Gunung Semeru di Indonesia meletus tujuh kali dalam beberapa jam pada pagi Rabu, menghamburkan tiang abu setinggi 1,000 meter di atas puncak.
Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, tiang abu tertinggi direkodkan semasa letusan pada 5.58 pagi dan 8.02 pagi waktu tempatan, kedua-duanya mencecah kira-kira 1,000 meter di atas puncak.
"Kedua-dua letusan menghasilkan tiang abu (berwarna) putih ke kelabu, dengan letusan pada 5.58 pagi bergerak ke utara dan letusan pada 8.02 pagi (bergerak) ke timur laut," menurut data agensi itu yang diterbitkan pada laman webnya.
Semeru, dengan ketinggian 3,676 meter di atas paras laut dan merentasi Kabupaten Lumajang dan Malang di Jawa Timur, adalah antara gunung berapi paling aktif di Indonesia.
-- BERNAMA