Skip to main content

Malaysia

Persediaan rohani sama penting dengan penguasaan ilmu bagi calon SPM - Fadhlina

Fadhlina meyertai sesi bacaan Yasin dalam Program Bicara Iman Santuni MADANI di Masjid Jamek Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu bersama dengan masyarakat setempat, malam tadi. - Gambar Facebook Fadhlina Sidek
Fadhlina meyertai sesi bacaan Yasin dalam Program Bicara Iman Santuni MADANI di Masjid Jamek Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu bersama dengan masyarakat setempat, malam tadi. - Gambar Facebook Fadhlina Sidek
Advertisement

KUALA LUMPUR: Persediaan rohani perlu diberi penekanan seiring penguasaan ilmu bagi memastikan calon peperiksaan tidak hanya bersedia dengan ilmu tetapi turut memiliki ketenangan jiwa, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek. 

Beliau berkata, walau sehebat mana pun persediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan, doa ibu bapa dan guru tetap menjadi bekalan yang paling berharga.

“Saya percaya bahawa dalam usaha kita menyediakan anak-anak menghadapi peperiksaan, persediaan rohani juga tidak kurang pentingnya. Kita mahu mereka bukan hanya bersedia dengan ilmu tetapi turut memiliki ketenangan jiwa.

Advertisement

“Kepada semua  calon (peperiksaan) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), teruskan usaha dan buatlah yang terbaik. Kami semua sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fadhlina turut berkongsi penyertaan beliau dalam Program Bicara Iman Santuni MADANI di Masjid Jamek Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu bersama dengan masyarakat setempat.

Advertisement

Beliau berkata, program itu turut diisi dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, tazkirah, bacaan Yasin serta doa buat calon SPM dan juga STPM.

“Terima kasih kepada seluruh warga kampung atas sambutan yang cukup mesra. Kesempatan beribadah dan menikmati makan malam bersama masyarakat setempat menjadikan pertemuan ini lebih bermakna,” katanya. 

-- BERNAMA

 

TAG: SPM, STPM, Menteri Pendidikan,  Fadhlina Sidek

Must Watch Video

Advertisement