awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penerima SARA Bulanan nikmati bantuan hari ini, ringankan beban kos sara hidup
JP Selangor, MDDM, MDPM perkukuh kerjasama banteras penyalahgunaan gelaran kehormat
Wanita didakwa bunuh kanak-kanak lelaki tujuh tahun di Pasir Gudang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter

Bernama
Bernama
08/01/2026
12:00 MYT
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Gunung Semeru, yang terletak di sempadan Lumajang dan Malang di Jawa Timur, Indonesia, meletus pada Khamis pagi, menghamburkan material gunung berapi kira-kira 700 meter di atas puncaknya. - Gambar fail/Sinar Harian
LUMAJANG (Jawa Timur): Gunung Semeru, yang terletak di sempadan Lumajang dan Malang di Jawa Timur, Indonesia, meletus pada Khamis pagi, menghamburkan material gunung berapi kira-kira 700 meter di atas puncaknya, lapor Agensi Berita ANTARA memetik pegawai.
"Letusan berlaku pada Khamis (8 Jan) pada 7.14 pagi waktu tempatan, dengan julangan abu mencecah ketinggian 700 meter di atas puncak setinggi 4,376 meter itu," kata pegawai pos pemerhatian Semeru, Sigit Rian Alfian.
Beliau menambah bahawa kepulan abu kelihatan berwarna putih hingga kelabu dan paling tebal ke arah barat laut. Letusan itu direkodkan oleh seismograf dengan amplitud maksimum 14 milimeter dan berlangsung sekitar 120 saat.
Semeru mencatat empat letusan pada Khamis, bermula pada 12.33 pagi waktu tempatan.
Julangan abu pertama mencapai 700 meter, diikuti 600 meter pada 5.19 pagi.
Letusan seterusnya berlaku pada 5.25 pagi dan 7.14 pagi, masing-masing mencapai kira-kira 700 meter di atas puncak.
Gunung berapi itu kekal pada Tahap III (Awas). Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) telah mengeluarkan arahan keselamatan kepada penduduk.
Orang ramai dilarang memasuki sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam jarak 13 kilometer (km) dari puncak.
Di luar zon itu, penduduk mesti berada sekurang-kurangnya 500 meter dari tebing sungai di sepanjang Besuk Kobokan kerana potensi aliran piroklastik dan lahar yang boleh merebak sehingga 17km dari puncak.
Aktiviti juga dilarang dalam radius 5km dari kawah kerana risiko lontaran batu gunung berapi.
Pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk supaya terus berwaspada terhadap aliran piroklastik, runtuhan lava dan lahar di sepanjang sungai yang berpunca dari puncak, termasuk Besuk Kobokan, Besuk Bang, Besuk Kembar, Besuk Sat dan anak-anak sungai yang lebih kecil.
Gunung Semeru mempunyai rekod letusan berulang. Pada malam Khamis, 1 Jan 2026, letusan pada jam 6.37 petang waktu tempatan menghamburkan abu kira-kira 900 meter di atas puncak, atau 4,576 meter dari paras laut.
Abu kelihatan putih hingga kelabu, paling tebal ke arah timur laut dan timur, dan direkodkan pada 23mm oleh seismograf, berlangsung selama 153 saat. Data menunjukkan Semeru meletus empat kali pada awal 2026, termasuk letusan pada 1.26 pagi apabila julangan abu mencapai kira-kira 1,000 meter di atas puncak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gunung Semeru
#meletus
#Jawa Timur Indonesia
#gunung berapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan