awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu berdepan cabaran sokongan PN dan legitimasi MB Perlis - Penganalisis
Pekerja kedai rugi lebih RM20,000 akibat kerja tidak wujud
PLUS catat sekitar 2 juta kenderaan di lebuh raya pada Ahad, ramal peningkatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gunung Sinabung di Sumatera Utara kembali meletus

Bernama
Bernama
10/08/2020
06:54 MYT
Gunung Sinabung di Sumatera Utara kembali meletus
Masyarakat setempat dan pengunjung diminta tidak melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari puncak Gunung Sinabung. - Gambar fail
Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter.
Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku pada 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur dan tenggara Pulau Sumatera.
PVMBG meletakkan Gunung Sinabung berketinggian 2,451 meter itu berstatus siaga (berjaga-jaga) atau peringkat tiga.
"Masyarakat setempat dan pengunjung diminta tidak melakukan aktiviti dalam radius lima kilometer dari puncak Gunung Sinabung," menurut kenyataan itu.
Gunung itu tidak pernah meletus sejak tahun 1600 namun kembali aktif pada 2010 dan letusan terakhir dilapor berlaku pada Februari 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bencana
#gunung berapi
#Gunung Sinabung
#Indonesia
#meletus
#PVMBG
#sumatera utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan