awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru digari gara-gara tanya pasal gaji

Astro Awani
Astro Awani
10/01/2018
07:02 MYT
Guru digari gara-gara tanya pasal gaji
Hargrave ditahan secara kekerasan, digari ketika rebah di lantai sebelum dibawa ke balai polis menaiki kereta peronda. - Gambar AP
Seorang guru wanita di Louisiana, Amerika Syarikat digari gara-gara tindakannya membangkitkan isu gaji golongan pengajar yang rendah dalam mesyuarat lembaga sekolah.
Deyshia Hargrave bertanyakan soalan itu sebagai bantahan kepada kontrak baharu penguasa sekolah, Jerome Puyau.
Hargrave mempertikaikan kenaikan gaji yang bakal dinikmati Puyau sedangkan tenaga pengajar dan kakitangan sokongan tidak mendapat bayaran sewajarnya.
“Penguasa atau sesiapa yang berada di kedudukan teratas menerima segala bentuk kenaikan.
“Saya rasa ini bagaikan tamparan buat semua guru, pekerja kafeteria dan kakitangan sokongan yang kita ada,” ujar Hengrave.
Tindakan guru bahasa Inggeris di Sekolah Vermillion Parish ini menimbulkan rasa kurang senang presiden lembaga sekolah, Anthony Fontana yang mengarahkannya berhenti bertanyakan soalan atas alasan ia tidak releven.
Hargrave hanya akur dengan arahan berkenaan untuk beberapa ketika sebelum kembali bangun namun dihalang marsyal.
Secara sukarela Hargrave bertindak keluar daripada bilik mesyuarat. Bagaimanapun drama itu tidak berakhir di situ. Hargrave ditahan secara kekerasan, digari ketika rebah di lantai sebelum dibawa ke balai polis menaiki kereta peronda.
Sejurus penahanan Hargrave, ahli lembaga pengarah sekolah sebulat suara meluluskan kontrak baharu Puyau.
Topic Berkaitan
#gaji
#gari
#guru
#sekolah
#Tahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan