awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gyeongju, Korea Selatan dipilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2025

Bernama
Bernama
27/06/2024
20:30 MYT
Gyeongju, Korea Selatan  dipilih sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2025
Sidang Kemuncak APEC 2025 akan dihoskan di Korea Selatan buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun sejak sidang sebelumnya diadakan di Busan pada 2005.
SEOUL: Bandaraya bersejarah Gyeongju yang terletak di tenggara Korea Selatan dipilih untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025, kata Kementerian Luar pada Khamis.
Jawatankuasa Persediaan untuk Sidang Kemuncak APEC mengadakan mesyuarat awal Khamis dan memilih Gyeongju, kira-kira 280 kilometer tenggara Seoul, sebagai lokasi untuk sidang kemuncak yang dijadualkan pada November depan, lapor agensi berita Yonhap menurut kenyataan akhbar kementerian.
Sidang Kemuncak APEC 2025 akan dihoskan di Korea Selatan buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun sejak sidang sebelumnya diadakan di bandar pelabuhan tenggara, Busan pada 2005.
Semasa mesyuarat itu, jawatankuasa berkenaan juga memutuskan untuk memanfaatkan dua bandar calon lain -- Incheon, di barat Seoul, dan pulau peranginan di selatan, Jeju -- dengan menganjurkan pelbagai mesyuarat menteri dan pegawai kanan yang berkaitan dengan Sidang Kemuncak APEC.
Gyeongju, salah satu destinasi pelancongan paling popular di negara ini, adalah ibu kota Dinasti Silla (57 SM-935 M).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APEC
#Gyeongju
#Sidang Kemuncak APEC 2025
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan