Angka kematian akibat selesema burung di India meningkat kepada 775 orang sehingga 20 Februari.

Pihak berkuasa kesihatan juga mengesahkan sejumlah 12 ribu 963 kes jangkitan dikesan sejak wabak itu mula menular Disember lalu.

Sembilan kematian terbaru dicatatkan di New Delhi.

Biarpun, sebelum ini mengakui berjaya mengawal keadaan, pihak berkuasa padaSabtu mengeluarkan kenyataan mengakui sebaliknya.

Penularan virus H1N1 disifatkan yang terburuk dalam tempoh lima tahun.

Dua negeri di India termasuk di Gujarat dan Rajasthan antara yang paling teruk terjejas.

Kritikan menyebabkan pihak berkuasa kesihatan menggandakan usaha memastikan bekalan ubat di hospital mencukupi.

Pada 2009 dan 2010, hampir 50 ribu jangkitan selesema burung direkodkan dengan lebih 2,700 kematian dicatatkan.

Pada awal bulan ini, AFP melaporkan seorang pelancong dari Switzerland menemui ajal selepas dijangkiti virus selesema burung yang telah membunuh lebih 400 orang sejak awal tahun ini.


Wanita berusia 70 tahun itu jatuh sakit selepas melawat bandar Rajasthan, sebuah destinasi pelancongan yang dilaporkan paling teruk dijangkiti wabak tersebut

"Dia meninggal dunia di hospital selepas diuji positif dengan wabak H1N1, lapor ketua perubatan bandar Rajasthani, Jodhpur Y.S Rathore, merujuk kepada virus selesema itu.

Wanita itu, yang dilindungi identitinya, sedang melawat bandar tersebut bersama-sama dengan kumpulan pelancong sebelum beliau mengadu dijangkiti simptom selesema dan dimasukkan ke hospital swasta dan ditempat di dalam unit rawatan rapi.