awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hak Asasi PBB desak masyarakat dunia tekan Myanmar

Astro Awani
Astro Awani
07/07/2021
02:03 MYT
Hak Asasi PBB desak masyarakat dunia tekan Myanmar
Michelle Bachelet berkata, Program Makanan Dunia menganggarkan lebih enam juta orang sangat memerlukan bantuan makanan di Myanmar. - Gambar fail REUTERS
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat dunia terus memberi tekanan kepada junta Myanmar untuk menghentikan keganasan dan memulihkan demokrasi di negara itu.
Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia, Michelle Bachelet, berkata, situasi di Myanmar telah berubah daripada krisis politik kepada malapetaka hak asasi manusia pelbagai dimensi.
Ini kerana negara itu mencatatkan korban hampir 900 orang dan 200,000 terpaksa meninggalkan kediaman mereka akibat serangan tentera.
"Pasukan ketenteraan berulang kali melakukan serangan udara dan tembakan artileri yang membunuh orang awam, mengusir puluhan ribu orang dan memusnahkan struktur awam yang dilindungi seperti sekolah dan tempat beribadah.
"Ribuan orang telah berlindung di negara jiran," katanya di Geneva pada Selasa.
Beliau berkata, Program Makanan Dunia menganggarkan lebih enam juta orang sangat memerlukan bantuan makanan.
"Program Pembangunan PBB (UNDP) meramalkan hampir separuh populasi Myanmar akan mengalami kebuluran pada awal tahun 2022," tambahnya.
Kenyataan Bachelet menyusul ketika Majlis Hak Asasi Manusia yang didorong kenyataan dari negara-negara yang mengecam keganasan, mendesak pembebasan tahanan politik dan menyeru supaya Myanmar dikembalikan ke pangkuan demokrasi.
Sejak sesi dewan minggu lalu, Myanmar menjadi topik utama apabila beberapa negara seperti China, Venezuela dan Filipina menegaskan junta perlu mempunyai wakil dalam majlis yang 47 anggota itu.
Namun tiada wakil Myanmar di Dewan Hak Asasi di Geneva sejak duta negara itu tiada dalam tugas apabila junta tentera mengambil alih tampuk pemerintah menerusi satu rampasan kuasa 1 Februari lepas.
Topic Berkaitan
#PBB
#Myanmar
#Venezuela
#tembakan
#sekolah
#junta tentera
#Program Makanan Dunia
#Filipina
#China
#hak asasi
#Michelle Bachelet
#krisis politik
#malapetaka
#keganasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan