awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakim Mahkamah Agung Brazil arah kem penyokong Bolsonaro dimusnahkan

Faida Rahim
Faida Rahim
09/01/2023
06:19 MYT
Hakim Mahkamah Agung Brazil arah kem penyokong Bolsonaro dimusnahkan
Alexandre de Moraes mengarahkan pihak polis menangkap mana-mana peserta penunjuk perasaan yang masih berada di jalanan. - Reuters
BRASILIA: Hakim Mahkamah Agung Brazil, Alexandre de Moraes dilaporkan mengarahkan tentera untuk memusnahkan semua kem penyokong Bolsonaro di seluruh negara dalam tempoh 24 jam.
Memetik laporan CNN, Moraes mengarahkan pihak polis menangkap mana-mana peserta penunjuk perasaan yang masih berada di jalanan.
"Sama sekali tiada keperluan mewujudkan kem dipenuhi keganasan, ditaja oleh pelbagai pembiaya yang dilihat bertindak mencabuli kehormatan yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan," kata perintah itu.
Difahamkan, sekurang-kurangnya 400 orang ditangkap selepas penyokong bekas pemimpin Brazil Jair Bolsonaro menyerbu bangunan utama kerajaan di Brasilia Ahad.
Tambah Moraes, komander dari angkatan tentera, polis dan menteri pertahanan akan bertanggungjawab di mahkamah jika kem itu tidak dihapuskan.
“Semua lebuh raya di negara ini mesti ‘dibersihkan’ hari ini,” katanya.
Terdahulu, penyokong bekas Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang berhaluan kanan yang tidak dapat menerima kekalahan menyerbu bangunan Kongres, Mahkamah Agung, Istana Presiden dan bangunan di ibu kota semalam, seminggu selepas Presiden baharu, Luis Inacio Lula da Silva mengangkat sumpah.
Ribuan penyokong pro-Bolsonaro bertindak ganas selepas enggan menerima keputusan pilihan raya presiden apabila Bolsonaro tewas dengan perbezaan undi yang kecil.
Polis mengepung bangunan Kongres dan menggunakan gas pemedih mata untuk menghalang penunjuk perasaan daripada memasukinya, tetapi tidak berjaya.
Topic Berkaitan
#gas pemedih mata
#Penunjuk perasaan
#Jair Bolsonaro
#alexandre de moraes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan