DUNIA
Hamas buat lagu perang dalam bahasa Yahudi

Hamas buat lagu perang dalam bahasa Yahudi Agensi
Hamas meningkatkan perang psikologinya terhadap Israel apabila memuat naik lagu semboyan perjuangannya dalam bahasa Hebrew, lapor AFP.
Lagu asal bahasa Arab itu sudah lama jadi lagu tema pergerakan sayap bersenjatanya, Briged Al-Qassam.
Lagu dalam terjemahan bahasa Hebrew itu dimuatnaik ke saluran YouTube sayap tersebut.
Liriknya antara lain berbunyi: “Hancurkan semua Zionis ... bakar tentera dan pangkalan mereka.”
Lagu briged bersenjata Hamas itu juga memperolok-olok ketakutan orang Yahudi terhadap serangan roketnya.
"Mereka menggigil di ambang maut dan sembunyi di balik dinding. Hujani mereka dengan bedilan roket. Dunia mereka jadi cerita ngeri."
Tentera udara Israel pada Jumaat menembak jatuh tiga roket Hamas dekat Tel Aviv. Hamas dilaporkan mensasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di pinggir bandar raya itu.
Lapangan terbang itu ditutup semasa serangan tersebut tetapi kemudian dibuka semula.
Briged Al-Qassam turut mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan untuk tidak menggunakan lapangan terbang itu. -- Agensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami