KUMPULAN militan Palestin, Hamas dengan Israel sepakat untuk mengakhiri ketegangan yang berlarutan sejaka seminggu lalu di sepanjang sempadan Israel - Gaza.

Dalam perjanjian pada Isnin yang dihadiri wakil Qatar, Hamas akan menghentikan pelancaran belon pembakar manakala Israel pula akan menghentikan serangan udara.

Badan perhubungan Israel ke Palestin, Cogat mengesahkan rundingan keselamatan itu diketuai Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz yang berkata perdagangan Gaza akan dibuka semula termasuk membenarkan aktiviti nelayan sejauh 15 batu nautika.

Cogat berkata keputusan itu dicapai kerana mahu mencapai ketenangan dan kestabilan namun memberi amaran buat Hamas jika gagal, Israel akan bertindak.

Sementara itu, Hamas berkata perjanjian itu akan memudahkan urusan pelaksanaan projek untuk rakyat Gaza dan meringankan penderitaan khususnya ketika krisis wabak COVID-19.

Palestin dan kumpulan kemanusiaan mendesak pelonggaran sekatan Israel di Gaza kerana kebimbangan lebih banyak penderiaan selepas wabak COVID-19 pertama melanda pada minggu lalu.