awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas kecam rancangan Israel halalkan penempatan baharu di Tebing Barat

Bernama
Bernama
29/06/2024
06:30 MYT
Hamas kecam rancangan Israel halalkan penempatan baharu di Tebing Barat
Hamas menggesa PBB dan masyarakat antarabangsa "mengambil langkah praktikal untuk berusaha menghentikan langkah-langkah ini".- Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Hamas pada Jumaat mengecam tindakan Israel untuk menghalalkan penempatan dan unit baharu di Tebing Barat yang diduduki.
Kumpulan pejuang Palestin itu mengecam pengumuman terbabit sebagai "pengisytiharan praktikal oleh kerajaan pendudukan fasis untuk meneruskan rancangan ekstremis (Menteri Kewangan Bezalel) Smotrich bagi mengawal Tebing Barat", lapor Agensi Anadolu.
Hamas berkata rancangan penempatan baharu itu "memerlukan pendirian bersatu rakyat Palestin untuk menolak dan menghadapi mereka serta menentang dasar kerajaan Zionis pelampau."
Kumpulan itu menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa "mengambil langkah praktikal untuk berusaha menghentikan langkah-langkah ini.
Pada Khamis, Kabinet Israel meluluskan langkah-langkah yang dicadangkan oleh Smotrich untuk "menghalalkan" pos-pos penempatan di Tebing Barat dan mengenakan sekatan ke atas Pihak Berkuasa Palestin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hamas
#Israel
#Tebing Barat
#Zionis
#Palestin
#penempatan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan