awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas lancar serangan roket di kawasan Tel Aviv

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2024
13:27 MYT
Hamas lancar serangan roket di kawasan Tel Aviv
Hamas telah melancarkan serangan roket di kawasan Tel Aviv di tengah Israel buat kali pertama dalam tempoh hampir empat bulan. - Foto REUTERS
Hamas telah melancarkan serangan roket di kawasan Tel Aviv di tengah Israel buat kali pertama dalam tempoh hampir empat bulan.
Sekurang-kurangnya lapan roket dilancarkan dari kawasan Rafah di selatan Gaza, kata tentera Israel, sambil menambah bahawa ada beberapa yang telah dipintas.
Menurut laporan Al Jazeera dan BBC, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.
Tentera Israel sedang menjalankan operasi ketenteraan dan kekejaman di Rafah.
Siren roket dibunyikan di bandar dan pekan lain, termasuk Herzliya dan Petah Tikva.
Media Israel menyiarkan rakaman serpihan peluru berpandu di taman sebuah bangunan di Herzliya.
Sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam, mengaku melancarkan serangan peluru berpandu "besar" ke atas Tel Aviv di saluran Telegramnya.
Tel Aviv, pusat ekonomi Israel, adalah bandar terbesar di negara itu.
Serangan roket itu berlaku ketika tentera Israel mempergiatkan serangannya ke atas Rafah, walaupun keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa minggu ini bahawa ia mesti menghentikan serangannya di seluruh Gaza serta-merta.
Perang antara Israel dan Hamas tercetus sejak 7 Oktober lalu, di mana sekurang-kurangnya 35,800 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang sejak itu, menurut kementerian kesihatan Hamas Gaza.
Topic Berkaitan
#Hamas
#lancar serangan roket
#Tel Aviv
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan