awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas seru rundingan segera fasa kedua gencatan senjata

Agensi
Agensi
09/03/2025
02:30 MYT
Hamas seru rundingan segera fasa kedua gencatan senjata
Penduduk Palestin yang terpaksa berpindah kembali ke rumah mereka sebelum gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa di Gaza City, pada 19 Januari lalu. - Gambar Reuters
GAZA: Pasukan pejuang Palestin, Hamas memaklumkan, pegawai-pegawainya telah bertemu dengan ketua agensi perisikan umum Mesir, Hassan Mahmoud Rashad, di Kaherah bagi membincangkan kemajuan dalam pelaksanaan gencatan senjata di Gaza.
“Delegasi menekankan keperluan untuk mematuhi semua syarat dalam perjanjian, segera memulakan rundingan bagi fasa kedua, membuka lintasan sempadan, dan membenarkan kemasukan bahan bantuan ke Gaza tanpa sebarang sekatan atau syarat,” kata Hamas dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Hamas juga menyokong cadangan Mesir untuk pembinaan semula Gaza termasuk gesaan bagi pembentukan kerajaan peralihan untuk mentadbir wilayah tersebut sehingga pilihan raya dapat diadakan.
“Delegasi mengesahkan persetujuan gerakan itu untuk membentuk Jawatankuasa Sokongan Komuniti yang terdiri daripada tokoh nasional bebas bagi mentadbir Gaza sehingga pentadbiran Palestin disusun semula dan pilihan raya umum di semua peringkat - nasional, presiden dan legislatif - dilaksanakan,” tambah kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#Hamas
#pembinaan semula Gaza
#kerajaan peralihan Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan