awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
MCMC, Murray Hunter rekod perintah persetujuan selepas kenyataan fitnah ditarik balik
Guru ditahan disyaki liwat pelajar beberapa kali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hamas terima cadangan gencatan senjata oleh AS, syaratnya Israel undur dari Gaza

Agensi
Agensi
31/05/2025
22:50 MYT
Hamas terima cadangan gencatan senjata oleh AS, syaratnya Israel undur dari Gaza
Sebagai sebahagian daripada cadangan itu, Hamas akan membebaskan 10 tebusan yang masih hidup dan 18 mayat sebagai pertukaran kepada pembebasan sejumlah tahanan Palestin oleh Israel. - Gambar fail AP
GAZA: Hamas bersetuju secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat, Steve Witkoff, namun meletakkan syarat utama iaitu penamatan perang dan pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza.
Sebagai sebahagian daripada cadangan itu, Hamas akan membebaskan 10 tebusan yang masih hidup dan 18 mayat sebagai pertukaran kepada pembebasan sejumlah tahanan Palestin oleh Israel.
“Cadangan ini bertujuan untuk mencapai gencatan senjata kekal, pengunduran menyeluruh dari Semenanjung Gaza serta memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan kepada rakyat dan keluarga kami di Gaza,” kata Hamas menerusi kenyataan pada Sabtu.
Hamas berkata, maklum balas terhadap cadangan tersebut dibuat selepas perbincangan dan rundingan bersama pihak-pihak berkepentingan di peringkat nasional.
Kenyataan itu tidak menyebut sebarang pindaan diminta terhadap cadangan asal, namun seorang pegawai Palestin yang rapat dengan rundingan memberitahu Reuters, Hamas mencadangkan beberapa pindaan kecil dan ia dikatakan mendapat maklum balas positif.
Setakat ini, Pejabat Perdana Menteri Israel belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas.
Awal minggu ini, media Israel melaporkan, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memaklumkan kepada keluarga tebusan bahawa kerajaan telah menerima cadangan Witkoff, namun enggan memberi komen secara rasmi.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#gencatan senjata
#Amerika Syarikat
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan