Skip to main content

Dunia

Hampir 16,000 penduduk Yaman dipindahkan dalam tempoh seminggu - Agensi migrasi PBB

Seorang penunggang motosikal melalui kawasan di luar sebuah pusat beli-belah yang dipenuhi serpihan kaca tingkap selepas satu serangan udara mengenai ibu pejabat Syarikat Minyak Yaman berhampiran lokasi itu di Sanaa, Yaman. - Foto REUTERS
Seorang penunggang motosikal melalui kawasan di luar sebuah pusat beli-belah yang dipenuhi serpihan kaca tingkap selepas satu serangan udara mengenai ibu pejabat Syarikat Minyak Yaman berhampiran lokasi itu di Sanaa, Yaman. - Foto REUTERS
Advertisement

GENEVA: Hampir 16,000 penduduk baru kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berpindah di Yaman sepanjang minggu pertama November, menurut Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami masih amat bimbang dengan situasi di Yaman yang berubah dengan pantas,” kata Jurucakap IOM Zoe Brennan, kepada pemberita di Geneva.

Merujuk kepada angka terkini pemantauan perpindahan penduduk oleh agensi itu bagi tempoh 1 hingga 7 November, Brennan berkata pergerakan penduduk terus berlaku pada tahap yang ketara.

Advertisement

“Kami menyaksikan hampir 16,000 orang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berpindah dalam tempoh hanya seminggu,” katanya.

Menurut agensi itu, angka terkini menjadikan jumlah individu yang pernah berpindah sekurang-kurangnya sekali sepanjang 2026 melebihi 343,000 orang.

Advertisement

Yaman dilanda konflik sejak 2014 apabila Kumpulan Houthi mengambil alih ibu negara Sanaa dan beberapa kawasan lain di negara itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement