GAZA: Dalam tempoh kurang daripada 24 jam, jumlah mangsa akibat kedua-dua serangan udara tentera rejim Zionis Israel ke atas kem pelarian Jabaliya mencecah lebih 1,000 orang, menurut laporan terbaharu Pejabat Media Kerajaan Gaza.
Angka ini termasuk 195 mangsa yang disahkan maut, 120 yang masih hilang dan sekurang-kurangnya 777 yang lain cedera.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Palestin-Israel: 8,796 rakyat Palestin terkorban di Gaza
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyifatkan serangan Israel pada Selasa dan Rabu ke atas kem pelarian Jabaliya sebagai "dahsyat", sementara Pejabat Hak Asasi Manusia PBB berkata "serangan tidak seimbang" itu "boleh dianggap sebagai jenayah perang."
Israel sebelum ini berkata serangan berkenaan menyasarkan seorang komander Hamas.
Angkatan tentera Israel mendakwa telah membunuh Muhammad A'sar, yang dikenal pasti sebagai ketua "unit peluru berpandu antikereta kebal".
"A'sar bertanggungjawab ke atas semua unit peluru berpandu antikereta kebal Hamas di Gaza," katanya dalam satu kenyataan memetik laporan Al Jazeera.
Di bawah kawalannya, beberapa serangan telah dilancarkan Hamas terhadap orang awam dan tentera, tambah kenyataan itu.
Tiada sebarang komen tentang perkara itu diterima dari Hamas.
Astro Awani
Thu Nov 02 2023
Rakyat Palestin memeriksa kemusnahan pada kediaman mereka susulan serangan udara tentera rejim Zionis Israel di kem pelarian Jabaliya. - Foto AP
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Israel-Hezbollah bertukar tuduhan pelanggaran gencatan
Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas kemudahan Hezbollah yang dipercayai menyimpan roket jarak sederhana di selatan Lubnan.
17 terbunuh, Israel bom pusat perlindungan, rumah di Gaza
Serangan udara juga menyebabkan tiga individu terbunuh berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di timur Lubnan
Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
88 rakyat Palestin terbunuh dalam dua serangan udara Israel di utara Gaza
Sekurang-kurangnya 66 rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara Israel di dataran kediaman berhampiran Hospital Kamal Adwan di Beit Lahia.
AS tutup kedutaan di Kyiv susulan kebimbangan serangan udara Rusia
Kedutaan itu turut mengesyorkan warga AS di Kyiv supaya "bersiap sedia untuk segera berlindung jika peringatan serangan udara diumumkan".
Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan
Jumlah korban tertinggi dicatatkan di bandar Aalamat di Jbeil, utara Beirut.
Lebih 18,000 rakyat Lubnan masuk ke Iraq susulan serangan Israel
Kemasukan itu berikutan arahan Perdana Menteri Iraq Mohammed Shia Al-Sudani untuk membenarkan kemasukan tanpa visa bagi rakyat Lubnan.
Israel lancar serangan udara di utara Syria
Daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.