Skip to main content

Malaysia

Jasad mendiang Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan

NILAI, 8 April -- Jasad mendiang bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En, di sini hari ini.  Terdahulu van yang membawa jasad mendiang tiba di krematorium itu pada 12.18 tengah hari.  Upacara hampir sejam itu berlangsung dalam suasana hiba, dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang turut memberikan penghormatan ter
Jasad mendiang bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En, Nilai. - Foto Bernama

NILAI: Jasad mendiang bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En, di sini hari ini.

Terdahulu van yang membawa jasad mendiang tiba di krematorium itu pada 12.18 tengah hari.

Advertisement

Upacara hampir sejam itu berlangsung dalam suasana hiba, dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang turut memberikan penghormatan terakhir dengan meletakkan bunga untuk mendiang.

Dr Ling meninggal dunia pada usia 82 tahun, Sabtu lepas, meninggalkan isteri Toh Puan Ong Ee Nah serta dua cahaya mata lelaki Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.

Bekas Presiden MCA itu antara anggota Kabinet paling lama berkhidmat ketika menerajui Kementerian Pengangkutan selama 17 tahun dari 1986 hingga peletakan jawatan beliau pada 2003.

-- BERNAMA

Must Watch Video