BEIJING: Hampir 30 juta penduduk di seluruh China berdepan langkah 'lockdown' pada Selasa, susulan lonjakan kes jangkitan luar biasa dalam skala yang tidak pernah dilihat sejak pandemik COVID-19 bermula di bandar Wuhan pada akhir 2019.
Pada Selasa, Beijing merekodkan kira-kira 5,300 kes baharu yang menyaksikan peningkatan lebih dua kali ganda berbanding sehari sebelum itu, berpunca daripada penularan varian Omicron yang menyebabkan negara itu kini berdepan krisis pandemik terburuk sejak lebih dua tahun lalu.
Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) memaklumkan, kira-kira 13 bandar dikenakan sekatan penuh, manakala beberapa kota lain berdepan, 'lockdown' separa setelah negara itu pernah melaksanakan langkah sekatan ketat sebagai strategi ‘sifar COVID-19’, namun gagal mengekang penyebaran wabak tersebut dalam kalangan komuniti.
Ketika ini, wilayah timur laut Jilin yang bersempadan dengan Korea Utara adalah yang paling teruk terjejas dengan lebih 3,000 kes baharu dilaporkan, selain penduduk di beberapa bandar lain termasuk ibu kota Changchun yang mempunyai populasi sembilan juta penduduk dikenakan perintah duduk di rumah.
Gabenor Jilin turut berikrar untuk melakukan sehabis baik bagi mencapai komuniti sifar COVID dalam tempoh seminggu ketika mesyuarat tergempar pada malam Isnin.
Bandar Shenzhen yang merupakan hab teknologi di wilayah Guangdong dan berpopulasi 17.5 juta penduduk melaksanakan 'lockdown' bermula semalam, yang menyebabkan kebanyakan kilang terpaksa menutup operasi.
Beberapa bandar lain termasuk Shanghai telah menutup sebahagian kawasan kejiranan dan bangunan selepas pihak berkuasa cuba untuk meminimumkan gangguan kepada aktiviti harian penduduk.
Difahamkan, Selasa menandakan hari keenam berturut-turut negara ekonomi kedua terbesar di dunia itu mencatatkan lebih 1,000 kes baharu.
Selain itu, data penjejakan penerbangan juga menunjukkan puluhan penerbangan domestik di lapangan terbang di Beijing dan Shanghai terpaksa dibatalkan.
“Penularan semula wabak dan sekatan yang diperbaharui terutamanya penutupan di Shenzhen akan membebankan pengguna dan mengakibatkan gangguan bekalan dalam tempoh terdekat,” ujar Tommy Wu di Oxford Economics.
Menurutnya, situasi tersebut akan menjadi ‘cabaran’ kepada China untuk mencapai sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kira-kira 5.5 peratus.
Sementara itu, pakar perubatan terkemuka, Zhang Wenhong telah mencadangkan prospek bagi melembutkan strategi ‘sifar COVID’ dalam menghadapi ancaman Omicron, namun beliau memberi amaran sebarang tindakan melonggarkan ujian saringan dan penutupan adalah mustahil untuk tempoh jangka pendek.
Sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak itu, pihak berkuasa kesihatan di Beijing tidak menolak kemungkinan pelaksanaan sekatan lebih ketat.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Mar 15 2022
Anggota polis lengkap memakai sut perlindungan diri di kawasan yang dikenakan langkah 'lockdown' di Shanghai. - Foto Sinar Harian/Agensi
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
COVID-19 terkawal tetapi virus akan terus ada bersama kita - KKM
Kebanyakan kes COVID-19 yang dilaporkan mengalami gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital.
COVID-19: Kes aktif varian Omicron bergejala ringan - Pakar perubatan
Beliau berkata kes COVID-19 dijangka berkurangan selepas satu bulan berdasarkan pemerhatian trend jangkitan virus oleh KKM.
COVID-19: Kes meningkat kepada 12,757 pada ME49/2023
Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19, keadaan di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.
COVID-19: Kes jangkitan meningkat kepada 2,305 minggu lalu, 21 varian Omicron
Daripada jumlah itu, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI).
COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5
Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.
Saintis seru rakyat UK pakai pelitup muka ekoran varian baharu "Eris"
Saintis menggesa orang ramai di United Kingdom kembali memakai pelitup muka di tengah-tengah kebimbangan "mutasi" subvarian Omicron, "Eris" yang kini menyumbang satu daripada 10 kes di negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.
COVID-19: Indonesia kesan tujuh kes Arcturus setakat ini
Indonesia mengesan lima kes baharu subvarian Omicron, Arcturus, menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh kes setakat semalam.
Kes COVID-19 dalam negara masih terkawal - Dr Zaliha
Kes COVID-19 di dalam negara ini masih lagi terkawal meskipun berlaku sedikit peningkatan kebelakangan ini dan rakyat tidak perlu panik, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Vaksin COVID-19: Australia lancar dos penggalak kelima
Keputusan itu memperluaskan kelayakan suntikan dos penggalak merangkumi kira-kira 14 juta orang yang akan ditawarkan vaksin.