Skip to main content

Malaysia

Mafia korporat: Jika ada bukti, dedahkan tidak kira siapa - PM Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim pada sesi Pertanyaan - Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini.  - Gambar Bernama
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim pada sesi Pertanyaan - Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Bernama

Advertisement

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti mafia korporat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan lengkap siasatan berhubung kegiatan itu akan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan.

Beliau berkata, Pasukan Petugas Khas yang diketuai oleh Peguam Negara telah ditubuhkan bagi menyelaraskan siasatan berhubung perkara tersebut.

"Saya minta Peguam Negara mengetuai satu pasukan petugas khas yang melibatkan semua badan penguatkuasaan, iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta (pasukan) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

"Saya minta laporan lengkap disediakan supaya orang ramai tidak menganggap perkara ini tidak telus atau ada pihak yang mahu dilindungi. Laporan itu perlu disiapkan dalam tempoh tiga bulan.

"Laporan ini bukan sekadar laporan untuk penjawat awam atau kerajaan. Saya minta supaya laporan itu didedahkan kepada umum.

"Jika ada bukti, keluarkanlah, tidak kira siapa. Misalnya, nama yang disebut tadi ialah (Tan Sri) Azam Baki, (Datuk Seri) Farhash Wafa Salvado dan Victor Chin," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang mahu tahu sama ada kerajaan akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti mafia korporat.
 

Must Watch Video

Advertisement