awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 400 orang jadi korban hujan monsun di Pakistan

Bernama
Bernama
20/08/2025
00:00 MYT
Hampir 400 orang jadi korban hujan monsun di Pakistan
Orang ramai mengharung air banjir di sebatang jalan di Karachi, Pakistan, 19 Ogos 2025. - REUTERS
ISLAMABAD: Seramai 46 orang terbunuh akibat hujan monsun dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan korban berkaitan hujan di Pakistan meningkat kepada 393 sejak Khamis, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) pada Selasa, lapor Xinhua.
Secara keseluruhan, 706 penduduk Pakistan dilaporkan maut sejak bermulanya musim monsun pada 26 Jun, menurut laporan situasi terkini NDMA.
NDMA menyatakan kebanyakan kematian berlaku akibat rumah dan bumbung yang runtuh selepas hujan lebat, manakala selebihnya berpunca daripada banjir kilat, tanah runtuh, renjatan elektrik serta panahan petir.
Wilayah Khyber Pakhtunkhwa mencatatkan jumlah korban tertinggi dengan 427 kematian.
Pihak berkuasa itu turut memaklumkan bahawa hujan monsun menyebabkan kerosakan besar kepada infrastruktur dan harta persendirian di seluruh negara.
Sejak 26 Jun, lebih 2,934 rumah rosak, 1,108 ternakan terkorban, selain 451 kilometer jalan raya dan 152 jambatan turut terjejas, dengan Khyber Pakhtunkhwa serta Kashmir yang ditadbir Pakistan paling teruk terkesan.
Pihak berkuasa memberi amaran hujan berterusan dijangka berlaku dalam beberapa hari mendatang dan menggesa penduduk di kawasan berisiko supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#hujan lebat
#tanah runtuh
#hujan monsun
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan