Skip to main content

Dunia

Hampir 59,000 bangunan musnah, rosak dalam gempa bumi Venezuela - NASA

Drone footage from Caraballeda, Venezuela, showed collapsed buildings on Monday (June 29) after a double earthquake damaged a major housing complex in La Guaira state.
Anggaran jum;ah bangunan rosak daripada penyelidik di agensi angkasa Amerika Syarikat iaitu adalah jauh lebih tinggi daripada angka rasmi setakat ini. - Reuters
Advertisement

ISTANBUL: Hampir 59,000 bangunan rosak atau musnah dalam gempa bumi berkembar pada 24 Jun di Venezuela, menurut penyelidik di agensi angkasa Amerika Syarikat NASA iaitu anggaran yang jauh lebih tinggi daripada angka rasmi setakat ini, lapor Anadolu Ajansi.

"Kira-kira 58,870 bangunan berkemungkinan rosak atau musnah di seluruh wilayah terjejas," menurut laporan berdasarkan data radar satelit yang dikumpul pada 25 Jun oleh penyelidik Corey Scher dan Jamon Van Den Hoek dari Oregon State University.

Laporan itu menggunakan data radar Sentinel-1 daripada Agensi Angkasa Eropah. Penyelidik menyifatkan ia sebagai "penilaian awal segera" yang menunjukkan "perubahan permukaan mendadak selaras dengan kerosakan", dengan menyatakan bahawa ia belum disahkan di lapangan dan perlu dianggap sebagai penunjuk awal.

Sebaliknya, laporan rasmi terbaharu kerajaan Venezuela, yang dikemukakan pada Isnin oleh Presiden Dewan Negara Jorge Rodriguez, menyatakan 855 bangunan rosak termasuk 189 runtuh.

Rodriguez berkata jumlah kematian akibat dua gempa bumi berturut-turut itu meningkat kepada 1,719 manakala 5,034 yang lain cedera.

Menurut Kajian Geologi AS, dua gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud melanda negara Amerika Selatan itu pada 24 Jun, berselang 39 saat.

Gempa bumi bermagnitud 7.5 melanda 23 kilometer (km) tenggara Yumare di negeri Yaracuy, manakala gempa bumi berukuran 7.2 magnitud berlaku 23.9 km timur laut San Felipe, juga di Yaracuy.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement