Skip to main content

Dunia

Hampir 65,000 orang dipindah di Sichuan akibat hujan lebat

A person rides an electric scooter through a flooded road after heavy rain brought by Typhoon Bavi in Wenzhou, Zhejiang province, China July 12, 2026. REUTERS/Go Nakamura
Penduduk berusaha meredah jalan yang ditenggelami banjir selepas Taufan Bavi melanda Bandar Yueqing di Wilayah Zhejiang, timur China. - Foto AP
Advertisement

BEIJING: Pihak berkuasa di Wilayah Sichuan, barat daya China memindahkan hampir 65,000 penduduk berikutan hujan lebat, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik saluran televisyen rasmi China Central Television (CCTV) pada Ahad.

Menurut CCTV, hujan lebat direkodkan di wilayah berkenaan sejak semalam, dengan petempatan Baofei di Daerah Renshou mencatatkan taburan tertinggi iaitu 186 milimeter.

Sejak bermulanya musim banjir pada Jun, jumlah keseluruhan penduduk yang dipindahkan lebih awal atas faktor keselamatan dilapor mencecah kira-kira 882,000 orang.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement