awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hantar 'lethal weapons' ke Ukraine, Korea Selatan belum buat keputusan

Bernama
Bernama
03/03/2023
08:00 MYT
Hantar 'lethal weapons' ke Ukraine, Korea Selatan belum buat keputusan
Korea Selatan menambah bantuan kewangan untuk Ukraine pada tahun ini untuk menyokong Kyiv dari segi kemudahan penjanaan elektrik. - Gambar fail
SEOUL: Perdana Menteri Han Duck Soo berkata Korea Selatan masih belum memutuskan sama ada akan menghantar bekalan senjata yang boleh membawa maut atau 'lethal weapons' ke Ukraine.
Dalam temu bual dengan Quest Means Business CNN, Han berkata Korea Selatan telah memutuskan untuk menambah bantuan kewangan untuk Ukraine pada tahun ini untuk menyokong Kyiv dari segi kemudahan penjanaan elektrik.
Bagaimanapun, mengenai 'lethal weapons' beliau berkata: "Bukan sekarang. Saya rasa. Kami belum membuat keputusan mengenai isu itu," katanya lapor Agensi Berita Yonhap.
Mengenai ujian peluru berpandu oleh Korea Utara, Han berkata Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) akan meningkatkan latihan ketenteraan bersama.
Beliau berkata sejak kerajaan Presiden Yoon Suk Yeol berkuasa pada tahun lepas, Korea Selatan telah memberi banyak penekanan kepada pembinaan keupayaan pencegahan tetapi bukan bermakna negara ini menutup pintu dialog.
Beliau juga menjelaskan bahawa Korea Selatan tidak akan mempertimbangkan untuk memperoleh senjata nuklear sendiri dalam menghadapi peningkatan ancaman Korea Utara ataupun menggunakan semula keupayaan nuklear AS.
"Saya tidak fikir itu adalah tindakan yang betul. Kita harus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa termasuk sekutu rapat kita AS.
"...kami ingin memberitahu Korea Utara bahawa membangunkan dan memajukan keupayaan nuklear tidak akan menjamin keamanan serta kemakmuran di negara mereka dan juga di Semenanjung Korea dan di peringkat global," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Ukraine
#senjata
#bantuan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan